Posts

Showing posts from 2015

Cinta dihati kita (sambungan)

Image
Kecoh dapur dengan suara Kak Ros dan Nadia yang sibuk memasak,sambil memasak mulut tak henti-henti bersuara ada sahaja yang mereka bualkan,sekejap-sekejap mereka ketawa gembira. "Apa saja lah budak berdua ni,gamat dibuatnya" Datin Hasnah menjenguk,melihat-lihat kerja Ros dan Nadia,hendak ditolong budak berdua tu menegah,katanya biar mereka sahaja yang uruskan, sudahnya Datin Hasnah mundar mandir saja kejap ke ruang tamu,kejap ke dapur. "Mak long ni kot ye pun nak dapat menantu,bawa-bawa la duduk,pegi sana pegi sini,peninglah tengok" Usik Nadia bila melihat Datin Hasnah serba tidak kena. "Mak long ni bukan apa, risau juga takut-takut Ain tu tak suka" "InshaAllah Mak long Ain akan ikut cakap Mak long,sapa budak tu Mak long?" Nadia bertanya ingin tahu. "Anak kawan Pak long kamu Nadia,kawan Pak long kamu tu berkenan sangat dekat Ain" "Aii..Kawan Pak long ke yang nak dekat Ain tu Mak long?" "Ishh kamu ni..An

cinta dihati kita (sambungan)

Image
  "Ain balik ye minggu ni" Sungguh-sungguh Datin Hasnah meminta anak dara nan seorang itu balik ke rumah pada hujung minggu nanti.Rencana yang telah diatur sekian lama,moga-moga akan berhasil. Datin Hasnah memanjatkan doa,memohon agar segala perancangan yang telah diatur akan berjalan lancar. "Mama ni main paksa-paksa pulak,malas la Ain nak balik"Sengaja Ain ingin bersenda dengan mamanya. "Jangan la macam tu,mesti balik juga" "Ada apa yang istimewa ke mama?Along dan Angah nak balik ke?Ain tak tahu pun" "Balik aje lah,mama rindu dengan Ain tahu" "Ya lah nanti Ain baliklah" "Ajak Nadia tu sekali" Suruh Datin Hasnah,agar Ain membawa sekali kakak sepupunya itu ke rumah. "Iya lah mama, nanti Ain angkut Kak Nad tu sekali" Apalah mama ni beria sangat nak suruh balik,pada hal minggu lepas baru je balik,tapi tak apalah permintaan mama perlu ditunaikan.Ain mencapai kembali novel yang baru se

cinta dihati kita (sambungan)

Image
Ain Dalilah dan Nadia berlari-lari anak mengelilingi tasik,aktiviti pagi yang sering dilakukan bersama waktu hujung minggu jika tiada apa-apa program lain.Ain juga tidak pulang ke rumah papa dan mamanya minggu itu,jadi kesempatan yang ada mereka berjogging santai sesudah subuh,rasa damai dipagi hari sambil melihat air tasik yang tenang.Mencungap juga dibuatnya sebab aktiviti itu sudah beberapa minggu tidak dibuat. "Ain kita rehat sekejap,nak putus nyawa dah Kak Nad rasa ni" Nadia berhenti sambil menarik nafas pendek-pendek. "hoih penat nih,lama dah tak berlari" Nadia mengambil tempat di kerusi yang disediakan di tepi tasik "Kak Nad,baru je kot lari tak abis satu pusingan lagi,takkan dah penat" Ain bercekak pinggang memandang Nadia yang tersengih sahaja. "Ain lari la dulu akak nak rehat jap,Ain takpe la langsing..akak ni muatan berat,penat nak bawa badan ni tau" hahaha lepas tawa Nadia yang sememangnya ceria sangat orangnya. "Ta

Cinta dihati kita (sambungan)

Image
  "Ain..kau ada apa-apa ke dengan Mikhail tu,aku tengok rancak semacam je korang berbual" Terkejut Ain dengan pertanyaan Sara.Serta merta Ain mengelap tangan yang baru dicuci tadi. "Apa maksud kau ni Sara?" "Eh buat-buat tak tahu pulak kau ni Ain" "Ye la aku tanya,kau ada apa-apa ke dengan Mikhail tu?" "Tak de apa-apa pun Sara,kami cuma berbual kosong je,dah dia bertanya takkan aku nak diamkan, nanti dikata aku ni sombong pulak" "Manalah tahu ada apa-apa antara korang berdua" "Kalau ada apa-apa pun takde salahnya kan?" Sergah Nadia membuatkan Sara menoleh memandang dengan mata yang tajam. "Iye lah,Ain ni bujang,kalau Mikhail tu ada hati pada Ain takde salahnya kan,akak tengok Mikhail tu pun baik budaknya,bagus juga kalau dia dengan Ain ni,sama cantik sama padan"Nadia berhujah dengan panjang lebar,malas nak melayan kerenah si Sara. "Aku yang suka Mikhail tu"Suara Sara perlah

cinta dihati kita (sambungan)

Image
  Akhirnya Ain Dalilah bersetuju untuk keluar dengan Mikhail Rifqi,itupun disebabkan mereka hendak membeli barang persiapan majlis mereka nanti.Jika diikutkan hati Ain malas hendak mengambil pusing tentang semua persiapan,Ain hanya serahkan kepada mama dan umi sahaja yang menguruskan tetapi kali ini Ain tidak dapat mengelak kerana mereka perlu mengukur pakaian untuk majlis nanti. Bertemankan viva oren Ain mereka menuju ke butik pengantin yang telah ditetapkan oleh Datin Dahlia. "Ain la ni,kalau naik motor tadi dah lama sampai tahu" Usik Mikhail pada Ain,dia tahu Ain tidak akan naik motorsikalnya. "Tak kuasa lah Ain nak naik motor tu,takut haih lutut ni terlanggar lori" "Takde nya nak langgar lori sayang oii,inshaAllah Mikhail bawa slow je" "Taknak lah Ain,slow ke laju ke memang Ain taknak" "Ye lah..Ain malu nak peluk Mikhail kan?"hahaha...Mikhail ketawa melihat wajah Ain "Mikhail..bertunang tu bukan tiket untuk ki

cinta dihati kita (sambungan)

Image
  Mikhail Rifqi tak sabar untuk pulang ke rumah, 3 hari dirasakan terlalu lama,entah kenapa dia rasa ada yang tidak kena dengan dirinya,rindukah dia?apa yang pasti dia tidak sabar untuk melihat wajah gadis sebelah rumah.Sebaik turun dari teksi mata terarah ke rumah sebelah,namun hampa viva oren milik Ain Dalilah tiada ditempatnya,pasti Ain juga tiada.Mikhail meninjau-ninjau lagi tidak berpuashati,tapi rumah itu memang nampak sunyi. "Kau dah kenapa Mikhail?muka macam ayam berak kapur je aku tengok?" Sergah Umar setelah dilihatnya Mikhail nampak tidak bermaya,yang sebenarnya Mikhail kecewa,wajah yang ingin dilihat tiada pula. "Kau rindu Sara ye?"Umar ketawa dengan pertanyaan sendiri. "Kau ni ke situ pulak,takde maknanya ye"Mikhail pura-pura marah pada Umar yang masih berbaki ketawanya. "Ala..aku tau kau sebenarnya cari Ain kan"Umar meneka,Mikhail hanya berdiam,mahu mengiakan atau tidak dia tidak pasti. "Aku boleh nampak la,

cinta dihati kita (sambungan)

Image
  Ain Dalilah memberhentikan kereta dihadapan pintu pagar,rumah yang tesergam indah nampak sunyi. ke mana semua orang ni?bisik hatinya.lantas Ain mengeluarkan kunci rumah yang sedia ada di dalam beg. "Assalamualaikum.." lama salamnya tidak bersahut,pada hal Ain sudah beritahu yang dia akan balik petang ini.ke mana sajalah mamanya pergi ni,kak Ros pun tiada nampak gayanya ni.tanpa menunggu lama Ain membuka pintu,memang tiada sesiapa di rumah,terus sahaja Ain menuju ke biliknya ditingkat atas.sudah agak lama dia tidak balik ke sini,biliknya masih kemas seperti biasa,mestilah kak Ros yang sentiasa mengemas bilik ini. Seketika ruang terasa sepi, Ain mengambil telefon di dalam beg, oh patutlah telefon sudah kehabisan bateri rupanya,lantas Ain mengecas bateri telefonnya,sebaik telefon dihidupkan,terdapat banyak missed call yang tertera semua nombor dari ibunya,hati Ain rasa resah terus dia mendail nombor ibunya. "Mama dekat mana ni?"tanpa salam terus sahaja

cinta dihati kita (sambungan)

Image
Usai solat asar,Ain Dalilah terus ke dapur menyiapkan juadah untuk dia berbuka puasa nanti.Menu apa yang hendak disediakan sudah dirangka awal-awal lagi.Ain membuka pintu dapur menuju ke arah serumpun serai yang hidup subur di dalam pasu,mengambil sebatang dua,kemudian Ain berkalih ke pasu yang terdapat daun-daun kunyit yang juga tumbuh dengan subur. Alhamdulillah rezeki dari Allah yang menghidupkan pokok-pokok yang ditanamnya. Tak berlama Ain terus ke dapur memulakan kerja-kerja memasak. "Amboi..sedapnya bau"Nadia menghidu-hidu aroma masakan Ain,menusuk ke hidung dibuatnya,budak Ain ni pandai sangat memasak. "Biasa-biasa je kak Nad,bolehlah setakat nak makan,kak Nad pergilah mandi dulu,siap nanti boleh makan sekali" "Ain puasa ye?" Ain Dalilah hanya tersenyum sambil mengangguk,Nadia sudah tahu akan kebiasaan Ain itu,tetapi dia sengaja bertanya.Ain memang rajin berpuasa sunat,macam dia sendiri kadang-kadang buat,kadang-kadang tidak. &quo

cinta dihati kita

Image
"Eh Ain ko ada nampak tak mamat sebelah yang baru masuk tu?" Sara bersuara sambil mengambil tempat disebelah Ain yang sedang asyik membaca buku.Ain tidak mengendahkan sangat akan pertanyaan Sara tersebut. "Ko dengar tak ni?"Sedikit bengang Sara melihatkan tingkah Ain yang acuh tidak acuh dengan pertanyaan yang diajukan. "Ye aku dengar Sara" Ain mengangkat wajah memandang Sara. "Handsome pulak aku tengok,rasa macam nak berkenalan je,tapi takde peluang lagi ni" Ain melihat Sara yang sedang memintal-mintal bucu bantal,pelik pulak dia dengan Sara ni,biasanya tak pernah ambil peduli pun dengan budak-budak bujang yang jadi jiran mereka sejak setahun yang lepas itu. Kebiasaannya Sara suka pada lelaki yang punya kereta sahaja,tapi Ain membiarkan sahaja. "Nanti ada peluang aku nak berkenalan dengan dia"Sara tersenyum-senyum sendirian,Ain hanya menjuihkan bibir. "Kau kenapa Sara,senyum macam kera dapat bunga je ni?"

kau mawar ku

Image
"hoii...ko dah kenapa?takde mata ke?" mawar memandang helmet pinknya yang bergolek-golek,sipi lagi nak masuk longkang,ada juga yang kutip gigi nih,bebel mawar dalam hati sambil menggenggam penumbuk.macamlah kuat sangat nak menumbuk orang,tumbuk cili dengan lesung batu pun belum tentu lepas. lelaki dihadapan,memandang mawar tanpa berkelip,melopong mulutnya menengok mulut comel mawar terkumat kamit menahan marah,nak tergelak pun ada melihatkan wajah comel mawar yang sedang marah itu. mawar lantas mengambil helmet pinknya dan berlalu pergi,Adam hanya memerhati tanpa sempat memohon maaf,bukan dia sengaja nak melanggar,gadis itu yang kalut tak tentu pasal,entah dari mana muncul pun adam tak pasti tiba-tiba saja dah terjengul depan mata.Adam menggeleng sambil mengambil fail yang jatuh masa berlanggar tadi,hai..mujurlah kau comel kalau tidak,mahu saja disekehnya gadis itu.                                                             ******************** "Mawa