Posts

Showing posts from February, 2015

cinta dihati kita

Image
"Eh Ain ko ada nampak tak mamat sebelah yang baru masuk tu?" Sara bersuara sambil mengambil tempat disebelah Ain yang sedang asyik membaca buku.Ain tidak mengendahkan sangat akan pertanyaan Sara tersebut. "Ko dengar tak ni?"Sedikit bengang Sara melihatkan tingkah Ain yang acuh tidak acuh dengan pertanyaan yang diajukan. "Ye aku dengar Sara" Ain mengangkat wajah memandang Sara. "Handsome pulak aku tengok,rasa macam nak berkenalan je,tapi takde peluang lagi ni" Ain melihat Sara yang sedang memintal-mintal bucu bantal,pelik pulak dia dengan Sara ni,biasanya tak pernah ambil peduli pun dengan budak-budak bujang yang jadi jiran mereka sejak setahun yang lepas itu. Kebiasaannya Sara suka pada lelaki yang punya kereta sahaja,tapi Ain membiarkan sahaja. "Nanti ada peluang aku nak berkenalan dengan dia"Sara tersenyum-senyum sendirian,Ain hanya menjuihkan bibir. "Kau kenapa Sara,senyum macam kera dapat bunga je ni?"