cinta dihati kita









"Eh Ain ko ada nampak tak mamat sebelah yang baru masuk tu?" Sara bersuara sambil mengambil tempat disebelah Ain yang sedang asyik membaca buku.Ain tidak mengendahkan sangat akan pertanyaan Sara tersebut.

"Ko dengar tak ni?"Sedikit bengang Sara melihatkan tingkah Ain yang acuh tidak acuh dengan pertanyaan yang diajukan.

"Ye aku dengar Sara" Ain mengangkat wajah memandang Sara.

"Handsome pulak aku tengok,rasa macam nak berkenalan je,tapi takde peluang lagi ni" Ain melihat Sara yang sedang memintal-mintal bucu bantal,pelik pulak dia dengan Sara ni,biasanya tak pernah ambil peduli pun dengan budak-budak bujang yang jadi jiran mereka sejak setahun yang lepas itu. Kebiasaannya Sara suka pada lelaki yang punya kereta sahaja,tapi Ain membiarkan sahaja.

"Nanti ada peluang aku nak berkenalan dengan dia"Sara tersenyum-senyum sendirian,Ain hanya menjuihkan bibir.

"Kau kenapa Sara,senyum macam kera dapat bunga je ni?" Nadia yang baru muncul dari dapur bersuara menyebabkan Sara terkejut.

"Kak Nadia ni,kalau tak sergah orang macam tu tak boleh ke?terkejut tau dah la kata kita macam kera pulak tu.."Sara membebel pada Nadia yang hanya tersengih.

"Betul apa,akak tengok kau sengih dah macam kera dapat bunga je.."

"Kalau sengih tu..bukan kera dapat bunga,tapi macam kerang busuk la kak"Betul Sara pada Nadia.

"Oh ye ke..hahaha jadi kau ni dah macam kerang busuk la" Hahahaha...Nadia meneruskan ketawa dengan kata-katanya sendiri,apalah si Sara ni,dalam nak kata cerdik ada juga bangangnya hahahaha...dikata kera marah,pastu dia sendiri yang kata diri sendiri kerang busuk..hmmm elok sangatlah tu.Sara mencebik bila melihat ketawa Nadia seakan tidak mahu reda.

Ain hanya memerhati dua orang teman serumahnya itu berbalas kata,malas dia mahu campur, Sara dengan Nadia memang macam tu ada sahaja yang hendak dibahaskan,kadang-kadang sampai bermasam muka berjam-jam.

                                                        ***************

Ain menolak trolli ke ruangan sayur-sayuran dan ikan,dalam hati sudah merangka apa yang hendak dimasak.Sudah agak lama dia tidak membuat rendang kerang kegemarannya. Lantas dia meninjau-ninjau bahan yang hendak dibeli,mujur pasaraya itu ada menjual semua bahan yang diperlukan,jadi senanglah dia, tidak perlu hendak singgah dimana-mana lagi nanti

"Maaf..macam kenal je Cik ni,Cik tinggal dekat rumah no.1,Taman Dahlia tu kan?"Ain cuak,siapa pulak lelaki ini,siap tahu alamat rumah dia lagi,perompak ke? Ain cuba mengelak dan ingin berlalu,tetapi ditahan oleh lelaki tersebut

"Cik jangan takut..saya ni jiran sebelah rumah Cik,selalu saya nampak Cik pagi-pagi"

"Oh maaflah saya tak perasan"

"Takpe Cik,saya tahu Cik tak perasan pun kat saya ni sebab Cik tak pernah pandang ke rumah sebelah" hehehe...lelaki itu tersenyum manis,handsome juga detik hati Ain,inikah lelaki yang dikatakan oleh Sara tu? oh patutlah Sara macam angau je,memang handsome juga lelaki ni,sempat lagi Ain menilik wajah lelaki yang berada disisinya itu.

"Saya Mikhail Rifqi,Cik?"

Adoi nak berkenalan la pulak mamat nih,Ain mengomel didalam hati,tetapi mulutnya masih mengukir senyuman,takkanlah hendak menyombong pula kan,dia nak berkenalan saja.

"Saya Ain..Ain Dalilah" beritahu Ain nama penuh lagi,sebab lelaki itu pun memberi nama penuh juga.

"Banyak barang Cik Ain beli"

"Panggil Ain saja, takde la banyak sangat,saja simpan stok nanti senang nak memasak"

"Oh pandai memasak,bolehla nanti hulur-hulur kat jiran sebelah" Kata Mikhail sambil tersenyum,saja nak berbual mesra dengan Ain,sebelum ni tidak pernah bertegur sapa bila terserempak di laman rumah sebab Ain ni susah nak memandang orang sekeliling.

"InshaAllah..tapi kalau lepas makan kena cirit-birit jangan salahkan saya pulak ye" Balas Ain,Mikhail tertawa..oh pandai juga Ain ni bergurau.

"Ok lah Mikhail saya gerak dulu,dah lewat ni"kata Ain sambil melihat jam ditangan.

"Ok jomlah gerak sekali" Mikhail masih menuruti langkah Ain,Ain membiarkan sahaja,sehinggakan selepas Ain membayar harga barang-barang yang dibeli,Mikhail menawarkan diri untuk menolong mengangkat barangan tersebut hingga ke kereta,Ain tidak mahu bersangka buruk dia membiarkan sahaja Mikhail menolongnya,dalam pada itu Ain berjaga-jaga juga,takut diapa-apakan pula nanti,walapun berbaju kurung,Ain tidak kisah jika terpaksa menendang lelaki itu nanti.kerana didalamnya Ain memakai legging.

Begitu jauh sekali pemikiran Ain,pada hal Mikhail Rifqi itu ikhlas ingin membantu,selepas meletakkan barangan Ain di dalam bonet dan memastikan Ain masuk ke dalam kereta,Mikhail pun berlalu pergi. Ain mengutuk diri sendiri yang bersangka buruk pada Mikhail.

                                               *****bersambung*****

Comments

Popular posts from this blog

cinta dihati kita (sambungan)

cinta dihati kita (sambungan)

Cinta dihati kita (sambungan)