Cinta dihati kita (sambungan)





"Ain..kau ada apa-apa ke dengan Mikhail tu,aku tengok rancak semacam je korang berbual" Terkejut Ain dengan pertanyaan Sara.Serta merta Ain mengelap tangan yang baru dicuci tadi.

"Apa maksud kau ni Sara?"

"Eh buat-buat tak tahu pulak kau ni Ain"

"Ye la aku tanya,kau ada apa-apa ke dengan Mikhail tu?"

"Tak de apa-apa pun Sara,kami cuma berbual kosong je,dah dia bertanya takkan aku nak diamkan, nanti dikata aku ni sombong pulak"

"Manalah tahu ada apa-apa antara korang berdua"

"Kalau ada apa-apa pun takde salahnya kan?" Sergah Nadia membuatkan Sara menoleh memandang dengan mata yang tajam.

"Iye lah,Ain ni bujang,kalau Mikhail tu ada hati pada Ain takde salahnya kan,akak tengok Mikhail tu pun baik budaknya,bagus juga kalau dia dengan Ain ni,sama cantik sama padan"Nadia berhujah dengan panjang lebar,malas nak melayan kerenah si Sara.

"Aku yang suka Mikhail tu"Suara Sara perlahan.

"Kalau kau suka pun tapi Mikhail tu tak suka,kau nak buat apa?"Sara mencebik dengan pertanyaan Nadia,Sara rasa tidak berpuashati,sepatutnya Mikhail sukakan dia,dia lebih bagus dari Ain yang asyik berbaju kurung,tak berfesyen langsung,nak diikutkan dia lebih menarik berbanding Ain,kerja pun entah apa-apa,kereta viva je.Sara membebel didalam hati.

Ain tidak mahu menunggu lama,dia meninggalkan Nadia dan Sara di dapur,terus sahaja Ain ke bilik,malas hendak melayan.

"Kau ni dah kenapa Sara?"

"Ye lah Mikhail tu buta ke apa?Ain tu yang dia nak suka..baju kurung,bertudung,kampung je,"

"Amboi sedap sangat mulut kau ni bercakap, yang kau tu bandar sangatlah..entah dari kampung mana kau datang terus nak mengaku orang bandar,baiklah kau bawak-bawak sedar diri,takut esok lusa Allah tarik nikmat yang Dia bagi pada kau,menyesal kau kang..sudahlah Sara aku malas nak layan orang macam kau ni,buat sakit hati je,untunglah Ain tu jenis tak kisah,kalau aku dah lama aku halau kau keluar dari rumah ni" Nadia sudah kurang sabar dengan sikap Sara,selama inipun Sara memang suka buat hal,mulutnya celupar saja.

"Dia siapa nak halau aku,aku pun bayar sewa lah" Marah Sara dengan kata-kata Nadia. Sara tidak tahu yang sebenarnya rumah itu milik Ain.Hanya Nadia yang tahu hal berkenaan.

"Sudahlah Sara,aku malas nak layan kau,pasal lelaki pun nak marah,bukan ke ramai lagi kawan lelaki kau kat luar sana tu" Kata Nadia sambil berlalu meninggalkan Sara sendirian.

Pelik pula Nadia dengan perangai Sara,sebelum ini takde lah Sara macam tu sekali,kali ini betul-betul menjengkelkan fikir Nadia.Kalau betul Mikhail tu sukakan Ain biarkan lah,takde masalah pun sebab Ain pun masih belum berpunya. Sara itu setahu Nadia ramai kawan lelaki,tapi kenapa dia menunjukkan minat berlebihan pada Mikhail pula.Hairan Nadia dibuatnya.

                                          ******************

"Ain ok ke?" Nadia duduk memandang Ain yang sedang asyik membaca.

"Ain ok je kenapa kak?" Ain tidak faham apa sebenarnya pertanyaan Nadia

"Manalah tahu,pasal Sara tu kan.."

"Alaa Kak Nad.. Ain tak kisah pun biarlah dia,kalau betul Mikhail tu nak pada Sara,Ain pun tak kisah sebab Mikhail tu bukan tunang atau suami Ain pun"

"Tapi kan Kak Nad rasa Mikhail tu sukakan Ain la,bila nampak Ain je berseri wajah Mikhail tu tau" Nadia tersenyum memandang Ain,tidak dinafikan apa yang dia lihat Mikhail memang menyukai Ain.

"Ain malas nak fikirlah kak,Ain ikut siapa yang orang tua Ain pilih je,malas nak bercinta ni" Memang Ain pernah berkata pada mama dan papanya yang dia akan mengikut sahaja siapa yang menjadi pilihan mereka untuk menjadi suaminya nanti

"Ish Ain ni,takkan takde berkenan kat mana-mana lelaki kot,tu Mikhail tu dah cukup handsome apa" Nadia geram dengan sikap acuh tidak acuh Ain,masakan Ain tiada perasaan langsung pada mana-mana lelaki.

"Handsome tu memang la,tapi Ain malaslah nanti asyik bertekak dengan Sara pulak"Ain Dalilah malas hendak berfikir lagi,lagipun memang dia tiada apa-apa perasaan pada Mikhail pun buat masa ini,memang diakui Mikhail itu handsome dan baik orangnya,tetapi Ain tidak mahu memikirkannya

"Apa susah Ain kalau Sara tu bising-bising Ain suruh je dia keluar dari rumah ni" Saran Nadia pada Ain.

"Tak baik pula nak buat Sara macam tu" Ain yang lembut hati itu pasti tidak sanggup untuk melakukan perkara seperti itu kepada orang lain,meskipun orang yang telah berbuat jahat padanya.

"Ain ni..baik sangatlah" Nadia tidak berpuas hati pula dengan jawapan Ain.

"Takpe lah kak Nad,kalau betul dah tertulis jodoh Ain dengan Mikhail tu,satu hari nanti pasti kami bersatu juga" Kata Ain pada Nadia,Nadia tersenyum memandang Ain.

"Moga-moga adalah jodoh Ain dengan Mikhail tu,akak bukan apa nanti akak dah kawin adalah orang yang nak jaga Ain nanti"

"Ain boleh jaga diri sendiri la Kak Nad"

"Kak Nad tahu la tapi papa Ain tu sibuk juga nak suruk Kak Nad jaga Ain,kalau dapat gaji takpe la jugak"hahaha Nadia ketawa dengan kata-katanya.

"Amboi siap nak bergaji pula,bukannya susah pun jaga Ain,makan pun Ain yang masak,baju pun Ain yang basuh sendiri tau,Kak Nad cuma duduk rumah ni teman Ain je tau pastu Ain masak Kak Nad makan" Nadia ketawa lagi.Ain adik sepupunya yang paling dia sayang,sebab itu bila papa Ain iaitu pak longnya meminta dia tinggal bersama Ain,dia terus bersetuju. apa taknya tinggal secara percuma, kerja pun dengan papa Ain,cuma Ain sahaja yang masih tidak mahu bekerja dengan papanya itu.

"Ya lah untung Kak Nad ni jadi sepupu Ain kan" Ujar Nadia.

"Takde untung apanya Kak Nad,sama je..ok lah Ain nak tidur dulu la,esok kerja".Ain menutup buku selepas memberi salam,Ain meninggalkan Nadia yang terus menyambung menonton televisyen

                                 *******bersambung*********

Comments

Popular posts from this blog

cinta dihati kita (sambungan)

cinta dihati kita (sambungan)

Cinta dihati kita (sambungan)