cinta dihati kita (sambungan)







"Ain balik ye minggu ni" Sungguh-sungguh Datin Hasnah meminta anak dara nan seorang itu balik ke rumah pada hujung minggu nanti.Rencana yang telah diatur sekian lama,moga-moga akan berhasil. Datin Hasnah memanjatkan doa,memohon agar segala perancangan yang telah diatur akan berjalan lancar.

"Mama ni main paksa-paksa pulak,malas la Ain nak balik"Sengaja Ain ingin bersenda dengan mamanya.

"Jangan la macam tu,mesti balik juga"

"Ada apa yang istimewa ke mama?Along dan Angah nak balik ke?Ain tak tahu pun"

"Balik aje lah,mama rindu dengan Ain tahu"

"Ya lah nanti Ain baliklah"

"Ajak Nadia tu sekali" Suruh Datin Hasnah,agar Ain membawa sekali kakak sepupunya itu ke rumah.

"Iya lah mama, nanti Ain angkut Kak Nad tu sekali"

Apalah mama ni beria sangat nak suruh balik,pada hal minggu lepas baru je balik,tapi tak apalah permintaan mama perlu ditunaikan.Ain mencapai kembali novel yang baru separuh dibacanya.

                        ***********************

Sepanjang jalan menuju Shah Alam Ain hanya melayan celoteh Nadia,ada sahaja yang ingin dibualkan dari cerita nak berdiet hinggalah cerita nak kahwin,tak pernah kering idea Nadia untuk bercerita.Ain melayan sahaja.kadangkala mereka tertawa dengan celoteh sendiri.Tidak sedar mereka telahpun tiba ke destinasi yang dituju.

Masuk ke ruang tamu,Ain lihat Kak Ros sibuk berkemas,mengelap segala apa yang ada diruang tamu tersebut.

"Rajinnya Kak Ros,apa yang dok rajin sangat ni nak sambut menantu ke apa?" Kak Ros yang sedang mengemas menoleh sambil tersenyum.

"Aah betul la tu Ain,memang nak terima menantu pun ni ha"Ujar Ros mengiakan pertanyaan Ain.

"Sapa yang nak dapat menantu ni,Kak Ros ke?" Tanya Nadia sambil tangan mencapai kain dan mengelap hiasan yang ada di atas almari. Ringan tulang sungguh,  tanpa disuruh Nadia membantu.

"Bukan Kak Ros, Datin la nak dapat menantu"

"Mak Long?sapa pula yang nak kawin ni,Angah ke? tak dengar cerita pun"

"Haa..dah sampai pun budak-budak ni"

"Mak long.."Nadia bangun menyalami Datin Hasnah,kemudian menyambung kerja membantu Ros.

"Kesian Kak Ros korang ni,dari semalam kerjanya mengemas aje,nanti tolong Kak Ros masak ye"

"Kenapa ni Mak long,dok kemas-kemas,masak-masak ni,ada tetamu istimewa ke?" Tanya Nadia kehairanan pula dia lihat Mak longnya begitu bersungguh-sungguh.

"Hari ni,bakal besan Mak long nak datang"

"Bakal besan?sapa yang nak kawin ni?"

"Ain la siapa lagi?" Tersentak Ain dengan jawapan Datin Hasnah,matanya bertentangan dengan Nadia,kelu lidah untuk berkata-kata. Permainan apakah ini?

"Dulu Ain kan cakap,serahkan jodoh pada mama dengan papa,jadi papa dah carikan jodoh yang sesuai untuk Ain" Kata-kata Datin Hasnah umpah guruh yang berdentum Ain tidak dapat membalas kata-kata mamanya,seketika wajah Mikhail Rifqi terbayang diruang mata,ada satu perasaan halus bermukim dihati,sebak terasa segera dia berpaling dari Nadia,tidak mahu rahsia hati diketahui.

Ya jauh disudut hati Ain ada tersimpan satu rasa,rasa yang dia sendiri sukar untuk mengerti. Ain menghayun langkah menuju ke bilik,suasana terasa sunyi.

                                  *******************

"Ain kenapa ni?" Sebaik melabuhkan punggung dibirai katil Nadia bertanya pada Ain yang masih termenung.

"Tak de apa-apa Kak Nad,Ain cuma penat" Ain cuba berdalih.

"Ain jangan tipu ye,Kak Nad rasa tahu kenapa Ain macam ni"

"Entahlah Ain rasa macam belum bersedia pulak"

"Belum bersedia atau Ain dan jatuh hati pada seseorang?" pertanyaan Nadia dibiarkan sepi.

"Mikhail Rifqi" Nadia menyebut nama itu,ada getaran dihati apabila mendengar nama itu disebut, namun bila teringat akan apa yang bakal berlaku sekejap lagi hati Ain bagai dihiris,pedih terasa. tetapi Ain redha andai itu yang telah ditetapkan.

"Kak Nad tahu Ain kuat,mungkin ini yang terbaik  untuk Ain,jangan tunjuk muka sedih macam tu tau"Pujuk Nadia bila melihat wajah Ain yang kesedihan.

"Ain tenang-tenagkan diri dulu,Kak Nad nak pergi tolong Kak Ros kat dapur pulak"Ain hanya mengangguk.Nadia keluar meninggalkan Ain,dalam hati Nadia juga terasa sedikit sedih melihat Ain, dia tahu hati Ain sudah ada Mikhail Rifqi,tetapi apalagi yang boleh dibuat?Perancangan Allah kita tidak dapat menduganya.Mungkin ada sesuatu yang telah Allah rencanakan untuk Ain nanti.Nadia berdoa semoga pengakhiran yang baik buat sepupunya, Ain Dalilah.


                            ***************bersambung**************

Comments

Popular posts from this blog

cinta dihati kita (sambungan)

cinta dihati kita (sambungan)

Cinta dihati kita (sambungan)