cinta dihati kita (sambungan)







Mikhail Rifqi tak sabar untuk pulang ke rumah, 3 hari dirasakan terlalu lama,entah kenapa dia rasa ada yang tidak kena dengan dirinya,rindukah dia?apa yang pasti dia tidak sabar untuk melihat wajah gadis sebelah rumah.Sebaik turun dari teksi mata terarah ke rumah sebelah,namun hampa viva oren milik Ain Dalilah tiada ditempatnya,pasti Ain juga tiada.Mikhail meninjau-ninjau lagi tidak berpuashati,tapi rumah itu memang nampak sunyi.

"Kau dah kenapa Mikhail?muka macam ayam berak kapur je aku tengok?" Sergah Umar setelah dilihatnya Mikhail nampak tidak bermaya,yang sebenarnya Mikhail kecewa,wajah yang ingin dilihat tiada pula.

"Kau rindu Sara ye?"Umar ketawa dengan pertanyaan sendiri.

"Kau ni ke situ pulak,takde maknanya ye"Mikhail pura-pura marah pada Umar yang masih berbaki ketawanya.

"Ala..aku tau kau sebenarnya cari Ain kan"Umar meneka,Mikhail hanya berdiam,mahu mengiakan atau tidak dia tidak pasti.

"Aku boleh nampak la, kau sukakan Ain tu kan?"

"Aku suka dia tapi tak tau dia suka aku tak"Mikhail akhirnya bocorkan juga rasa hati dia pada Umar,Umar hanya tersenyum dengan pengakuan Mikhail.Selama ini Umar memang nampak akan rasa hati Mikhail itu,mata Mikhail bercahaya setiap kali ternampak Ain,walaupun kadang-kadang Ain tidak menoleh pun pada Mikhail.

"Aku doakan jodoh kau ada dengan Ain,sejak kami berjiran dah lama dulu,aku tengok Ain tu memang baik budaknya,cuma aku tak pernah ngorat dia la.."

"Kau jangan cuba nak ngorat Ain pulak Umar.."Saja Mikhail memberi amaran,pada hal dia sudah tahu,umar itu sudah bertunang.

"Aku nak ngorat buat apa?lain la kalau Ain nak jadi isteri aku nombor dua"hahahaha Umar ketawa lagi,saja menyakat Mikhail yang sudah berubah airmukanya.

"Aku gurau je Mikhail,manalah aku nak letak Sofea kesayangan aku tu nanti"

Bunyi enjin kereta membuatkan Mikhail bergegas bangun menuju pintu,melihat kereta siapa,wajahnya tersenyum lega melihat kereta Ain berhenti dihadapan pagar rumah,mahu saja Mikhail keluar menyapa Ain,tapi nampak sangat macam gelojoh.Tidak jadi berbuat demikian,Mikhail hanya memerhati Ain dari ruang tingkap.

"Teruk sungguh dah mamat sorang ni,dok mengendap anak dara orang,kau gi pinang teruslah Mikhail" Usik Umar melihatkan tingkah Mikhail yang seperti angau je.

"Kalau boleh aku pinang dah ni Umar,tapi nak juga aku tahu dah berpunya ke belum Ain tu,nanti pinang-pinang rupanya sudah berpunya,susahlah aku"

"Aku rasa Ain belum berpunya la,sebab aku tak pernah nampak mana-mana lelaki datang bawa dia keluar dan memang tak pernah ada lelaki yang datang ke rumah dorang selama ni pun"

Sedikit lega Mikhail mendengar penerangan Umar,tetapi siapa tahu kalau Ain dah punya kekasih hati diluar.Hati Mikhail kembali resah,tak pernah dia berperasaan begini.Ain telah berjaya menambat hatinya yang selama ini tidak pernah dimiliki oleh sesiapa pun.

"Sudahlah Mikhail baik kau naik atas mandi dan solat dulu,doa banyak-banyak moga ada jodoh antara kau dan Ain"

Baru Mikhail tersedar sejak sampai tadi,dia masih diruang tamu,beg baju pun masih diatas sofa.Terus sahaja dia mencapai beg dan menuju kebiliknya ditingkat atas.Umar menggeleng melihatkan teman serumah yang seorang itu.Mereka agak rapat dan boleh berkongsi cerita bersama,teman seperti itulah yang bagus fikir Umar,boleh berkongsi cerita suka dan duka bersama..

                                                         **********************

Usai solat asar Ain Dalilah keluar ke halaman rumah,beberapa hari tiada di rumah,pokok bunga yang ditanam tidak bersiram,nak harapkan Sara memang berangan je lah,hujung minggu Sara bukan lekat dirumah,Nadia pun minggu ini pulang ke kampung,jadi tiada siapa yang boleh Ain harapkan untuk menyiramkan bunga yang ditanam,mujur lagi bunga-bunga itu tetap tumbuh subur.

Hati merasa tenang melihatkan bunga-bunga mawar yang kembang mekar,Ain memang sukakan bunga,kerana bunga dapat memberikan kedamaian pada Ain,melihat bunga yang berkembang mekar seolah-olah bunga-bunga iu tersenyum pada Ain. Seolah-olah bunga-bunga berbicara pada Ain,hidup ini indah jika lihat dari sudut yang positif. Untungnya Ain sebab papanya telah belikan rumah tersebut,corner lot jadi ada lah sedikit ruang untuk Ain menanam pokok bunga.Dulu Ain ingin duduk sendirian sahaja,tetapi keluarga tidak izinkan jadi Ain mencari rakan untuk menyewa.

"Assalamualaikum Ain..."

"Waalaikummussalam"Ain menoleh ke arah pemberi salam,Mikhail Rifqi tersenyum memandang Ain,senyuman dibalas.

"Lama tak nampak,Ain pergi mana?"

"Ain balik kampung,eh bukan Mikhail out station ke?"

"Baru sampai je tadi,tengok Ain takde itu yang tanya tu,balik kampung rupanya,kampung Ain dekat mana?"Mikhail terus bertanya,malas dia tunggu lama-lama,kalau boleh mahu saja Mikhail bertanya Ain sudah berpunya atau belum,tetapi akalnya masih waras,masih mampu bersabar.

"Kampung Ain dekat-dekat sini je,Shah Alam" Jawab Ain  tak berselindung,memang kalau nak diikutkan bukan jauh pun rumah ini dengan rumah papa dan mamanya tetapi Ain ingin duduk sendiri,terasa ingin berdikari tanpa menyusahkan keluarga.Mungkin suatu hari nanti Ain akan kembali tinggal bersama keluarganya.

"Oh dekat je la ye"Otak Mikhail masih ligat berputar soalan apalagi yang hendak ditanya pada Ain,sedang otaknya ligat berfikir,kereta Sara berhenti diluar pagar,dengan senyuman ceria Sara membuka pagar.

"Hai Mikhail..bila sampai?takde souvenir dari Sabah ke?mutiara sabah ke?" Bertalu-talu soalan Sara sebaik ternampak Mikhail.Serba salah Mikhail dibuatnya,mengganggu saja si Sara ni.

Umar didalam rumah yang ternampak situasi itu tersenyum,cuak muka Mikhail dilihatnya melayan soalan Sara.

"Tak sempat nak beli Sara,saya bekerja bukan berjalan"Malas Mikhail menjawab soalan Sara,tetapi dilayan juga,nanti dikata sombong pula.

"Mikhail ni,tadi bercakap dengan Ain bukan main mesra Sara tengok,tapi dengan Sara jawab nak taknak je"Sara mendengus,Ain hanya berdiam diri melayan pokok-pokok bunganya,malas ambil pusing perbualan antara Sara dan Mikhail.Selesai kerja Ain bangun masuk ke dalam rumah meninggalkan Sara dan Mikhail.Mikhail masih lagi berdiri berhampiran pagar,memerhati Ain yang berlalu pergi.


                                      ******bersambung******


Comments

Popular posts from this blog

cinta dihati kita (sambungan)

cinta dihati kita (sambungan)

Cinta dihati kita (sambungan)