cinta dihati kita (sambungan)



Ain Dalilah dan Nadia berlari-lari anak mengelilingi tasik,aktiviti pagi yang sering dilakukan bersama waktu hujung minggu jika tiada apa-apa program lain.Ain juga tidak pulang ke rumah papa dan mamanya minggu itu,jadi kesempatan yang ada mereka berjogging santai sesudah subuh,rasa damai dipagi hari sambil melihat air tasik yang tenang.Mencungap juga dibuatnya sebab aktiviti itu sudah beberapa minggu tidak dibuat.

"Ain kita rehat sekejap,nak putus nyawa dah Kak Nad rasa ni" Nadia berhenti sambil menarik nafas pendek-pendek.

"hoih penat nih,lama dah tak berlari" Nadia mengambil tempat di kerusi yang disediakan di tepi tasik

"Kak Nad,baru je kot lari tak abis satu pusingan lagi,takkan dah penat" Ain bercekak pinggang memandang Nadia yang tersengih sahaja.

"Ain lari la dulu akak nak rehat jap,Ain takpe la langsing..akak ni muatan berat,penat nak bawa badan ni tau" hahaha lepas tawa Nadia yang sememangnya ceria sangat orangnya.

"Takde beratnya Kak Nad,sama je dengan Ain ni"

"Nantilah akak nak amik nafas jap,Ain pergi la berlari dengan tu...tu.." Nadia memuncungkan bibirnya ke arah seseorang,Mikhail sedang menuju ke arah mereka.

"Kenapa ni?" Mikhail bertanya setelah hampir dengan Ain dan Nadia.

"Akak penatlah Mikhail,maklumlah muatan berat"hahahaha lepas lagi ketawa Nadia,diikuti dengan Mikhail.

"Akak ni macam tu pulak,akak comel apa"

"Ye ke Mikhail..bukan Ain lagi comel ke? sebab tu Mikhail selalu tengok Ain je" Kedua-duanya ketawa,Ain pula berbulu je dengar dua orang tu ketawa.

"Ketawalah ye..Ain nak sambung berlari ni"terus sahaja Ain berlari meninggalkan Nadia dan Mikhail yang masih ketawa.

"Apalagi Mikhail,pergi la lari dengan Ain tu,biar akak kat sini sorang-sorang"

"Betul ke kak,boleh saya bawa Ain lari?"

"Hoih agak-agak la nak bawa lari anak dara orang,Ain tu ada mak ayah kot" Mikhail ketawa lagi dengan Nadia.Entah apa yang lucu pun tidaklah mereka tahu,cuma mungkin terasa lucu dengan kata-kata sendiri sahaja

"Saya saja je kak,takkan la saya nak bawa Ain lari,tapi kalau Ain nak apa salahnya" sambung Mikhail.

"Takdenya Ain tu mahu,silap-silap kau pun melepas tau,sebab Ain tu dah suruh mak dan ayah dia yang carikan jodoh untuk dia,kau ni amik Sara je la Mikhail,Sara tu pun minat sungguh dekat kau"

"Taknak lah saya kak dekat Sara tu,bukannya saya tak suka dia,tapi mungkin saya tak sesuai dengan cara dia,dia up to date sangat,saya ni biasa-biasa je,kalau Ain tu sesuai sangatlah dengan saya ni"senyum Mikhail memandang Ain yang semakin jauh berlari.

"Mana rumah mak ayah Ain tu kak?nak juga saya pergi meminang Ain tu nanti"

"Semangat sangat kau ni akak tengok,suka sangat ke dekat Ain tu?"

"Akak kali pertama saya pandang Ain,hati saya ni dah berkata-kata tau, inilah dia suri hidup saya nanti"

"Jiwang juga kau ni" ketawa mereka  bersambung-sambung.

"InshaAllah kalau ada jodoh korang ye,ok lah akak jalan dulu,nanti Ain tu terus tinggalkan akak dekat sini pulak"

                                   ********************


Deringan telefon dimeja mengalihkan pandangan Ain Dalilah yang sedari tadi asyik dengan kerja. Panggilan dari Dato Zainal itu disambut dengan senyuman,Ain Dalilah macam itulah,bercakap di telefon pun senyum seolah-olah orang yang berbual dengannya itu melihat senyumannya.Bagi Ain kalau kita senyum orang yang disana akan terasa aura yang baik dari senyuman kita tu,mesra bila berbual walaupun hanya ditelefon.

"Baik Dato' Ain masuk sekarang" Segera Ain mengambil fail serta dokumen yang diperlukan oleh Dato' Zainal.

Setelah salam bersambut Ain membuka pintu bilik Dato' Zainal yang sedang berbincang dengan wakil syarikat yang membekalkan bahan-bahan binaan untuk projek perumahan di Shah Alam.

"Dato' ini fail dan dokumen yang Dato' minta tu" Dato' Zainal menyambut fail yang dihulurkan sambil melemparkan senyuman pada Ain,Ain Dalilah anak sahabatnya juga,bekerja di syarikat ini kerana sahabatnya itu tidak mahu Ain bekerja ditempat lain.Sayang sangat Ismail dengan anak daranya yang seorang ini.

"Ain ni saya kenalkan Mikhail Rifqi,pembekal bahan-bahan binaan kita" Mikhail senyum bahagia melihat wajah Ain yang seakan-akan terkejut melihat dia berada disitu. Mikhail menghulurkan tangan tetapi huluran itu tidak bersambut.

"Mikhail...bukan muhrim" Tegur Dato' Zainal, Mikhail tertawa,sengaja dia berbuat begitu,dia tahu pasti Ain tidak akan sambut tangannya itu.

"Kalau takde apa-apa saya keluar dulu ye Dato' " Ain meminta diri untuk keluar,dia tidak mahu berlama-lama disitu,rimas Ain bila dilihatnya Mikhail asyik merenung ke arahnya,kalau boleh mahu saja Ain mencungkil biji mata Mikhail itu,buat bola ping pong bagus juga biji mata tu,bebel Ain didalam hati.

                                  ********************

"Ain jom lunch" Menoleh apabila nama dipanggil,Mikhail Rifqi sudah terpacak dibelakang Ain.

"Ye Ain..jom makan sekali" Dato' Zainal muncul pula,Ain mengambil beg dan terus menuruti langkah Dato' Zainal.Mikhail Rifqi sengaja memperlahankan langkah untuk seiring dengan Ain Dalilah.Geram je Ain dengan sikap Mikhail,apa kata Dato' Zainal nanti.

Mereka duduk makan di cafe yang terletak berhampiran dengan pejabat sahaja.Ain memilih untuk makan nasi campur sahaja,mudah dan cepat,tidak perlu menunggu terlalu lama untuk dapat makan.
Tiada apa yang mereka bualkan hanya berkisar tentang kerja sahaja,apa yang Ain tidak puashati mata Mikhail,asyik sahaja merenung Ain,mahu saja Ain menyucuk mata Mikhail dengan garfu ditangan,nanti ada pula yang jadi Kasim Selamat.Bukan apa malu Ain dengan Dato' Zainal yang rasanya perasan akan tingkah Mikhail itu. Cepat-cepat Ain menghabiskan makanan dipinggan lalu meminta diri selepas itu.Mikhail hanya mampu melihat Ain berlalu pergi.

"Ain memang macam tu Mikhail,dia tak pernah rehat lama-lama,itu Ain nak ke surau la tu" Dato' Zainal menerangkan tanpa dipinta,seolah-olah tahu persoalan apa yang ada dalam minda Mikhail.
Selepas bersalaman dengan Dato' Zainal,Mikhail Rifqi meminta diri untuk pulang.

                                  *******************

Mikhail bersandar di pagar batu sambil memerhati Ain Dalilah yang sedang asyik membelek pokok bunganya.

"Ain tak jemu ke asyik tengok pokok bunga je,tak keluar ke pergi jalan-jalan,cuti-cuti macam ni?"

"Kalau takde hal yang penting Ain lebih suka duduk dirumah la,tengok bunga-bunga ni lebih tenang rasanya" Ain tidak lagi kekok untuk berbual dengan Mikhail,sudah terbiasa dengan cara Mikhail,setiap pagi pasti Mikhail akan menunggu Ain sebelum pergi kerja,berpesan hati-hati bawa kereta,memang tidak pernah jemu kecuali pada hari-hari Mikhail out station. Ain rasa senang dengan cara Mikhail itu.Macam sekarang Mikhail rela bersandar dipagar semata-mata nak berbual dengan Ain,macam takde kerja lain yang boleh dibuat,mujurlah porch depan ada awning,kalau tak mahu legam Mikhail dok berpanas hari-hari.

Bila sudah menjadi satu kebiasaan begitu,apabila Mikhail out station,Ain rasa harinya tidak lengkap, salam dan pesanan Mikhail setiap pagi bagaikan satu bekalan yang cukup indah buat Ain memulakan tugas seharian. Tersenyum sendirian Ain .

"Ain ni senyum sorang-sorang kenapa?" Lupa pula Ain yang Mikhail masih lagi berada disitu.

"Senyum dekat bunga-bunga ni Mikhail,kalau kita senyum dapat aura positif barulah bunga-bunga ni berkembang dengan baik" Jawab Ain cuba menyorokkan rasa hati.Harapan Ain moga Mikhail tidak dapat membaca rahsia hatinya ketika itu.

Namun disebalik tingkap kaca,ada sepasang mata yang merenung tajam ke arah mereka.

                               ***********bersambung***********

Comments

Popular posts from this blog

cinta dihati kita (sambungan)

cinta dihati kita (sambungan)

Cinta dihati kita (sambungan)