cinta dihati kita (sambungan)




Usai solat asar,Ain Dalilah terus ke dapur menyiapkan juadah untuk dia berbuka puasa nanti.Menu apa yang hendak disediakan sudah dirangka awal-awal lagi.Ain membuka pintu dapur menuju ke arah serumpun serai yang hidup subur di dalam pasu,mengambil sebatang dua,kemudian Ain berkalih ke pasu yang terdapat daun-daun kunyit yang juga tumbuh dengan subur. Alhamdulillah rezeki dari Allah yang menghidupkan pokok-pokok yang ditanamnya. Tak berlama Ain terus ke dapur memulakan kerja-kerja memasak.

"Amboi..sedapnya bau"Nadia menghidu-hidu aroma masakan Ain,menusuk ke hidung dibuatnya,budak Ain ni pandai sangat memasak.

"Biasa-biasa je kak Nad,bolehlah setakat nak makan,kak Nad pergilah mandi dulu,siap nanti boleh makan sekali"

"Ain puasa ye?" Ain Dalilah hanya tersenyum sambil mengangguk,Nadia sudah tahu akan kebiasaan Ain itu,tetapi dia sengaja bertanya.Ain memang rajin berpuasa sunat,macam dia sendiri kadang-kadang buat,kadang-kadang tidak.

"Ok akak naik mandi dan solat kejap,nanti akak tolong Ain ye"

"Ok kak" Nadia meninggalkan Ain sendirian di dapur,Ain meneruskan kerja-kerjanya.

"Kau masak apa ni Ain?sedapnya bau" Sara pula muncul di pintu dapur,terus saja menuju ke kuali melihat rendang kerang yang sedang mendidih.

"Ini kalau bagi jiran sebelah best jugak ni,mana tahu boleh jadi calon isteri,eh Ain aku minta sikit boleh nak bagi kat jiran sebelah" Tanpa malu Sara meminta. Ain hanya mendiamkan diri,ikutkan hati mahu saja Ain berkata-kata,tapi dia diamkan saja.

"Apa yang boleh akak tolong ni?" Nadia muncul semula.

"Haa kau kenapa Sara tersenyum-senyum kat sini,dah solat belum,asar dah nak habis dah ni tau"

"Alah kak Nad ni sibuk aje, Ain boleh ye?" sesudah berkata terus saja Sara berlalu.

"Apa yang Sara tu nak Ain?"

"Sara nak rendang kerang ni nak bagi jiran sebelah"

"Hai boleh pulak macam tu,hai la manusia ni macam-macam ada,boleh pulak tu tak malu,orang lain yang masak,dia pulak nak bagi,lepas tu mesti cakap dia yang masak" Nadia sudah membebel,geram pun ada dengan perangai Sara tu,tak malu betul budak sorang tu.

"Habis Ain bagi lah?"

"Ikut dia lah Kak Nad,malas Ain nak cakap banyak"

Sewaktu Ain Dalilah dan Nadia bersolat maghrib,Sara ke dapur mengambil bekas mengisi rendang kerang yang dimasak Ain sebentar tadi,setelah selesai Sara keluar, terjenguk-jenguk Sara ditepi pagar sambil memberi salam. Akhirnya muncul Mikhail Rifqi di muka pintu.

"Ini ada makanan sikit,ambillah" Serba salah Mikhail dibuatnya melihat Sara menghulurkan mangkuk tingkat.

                                                              ***************

"Amboi ko Mikhail,siapa bagi siap bertingkat-tingkat nih?" Tegur Nazim bila melihat Mikhail masuk dengan mangkuk tingkat ditangan.

"Ntah lah aku pun serba salah dibuatnya,si Sara tu yang bagi" Kalut Nazim dan Umar menghampiri Mikhail ingin melihat apa isi dalam mangkuk tingkat tersebut.

Sebaik tutup dibuka semerbak bau rendang menghiasi ruang, terus berlumba-lumba mereka menelan air liur,rasa lapar terus mencengkam. Bergegas mereka bertiga menuju dapur membuka bekalan yang diberi. Sara itupun tidak beragak,semua masakan Ain diletakkan dalam mangkuk tingkat tersebut, segala sayur pun disertakan sekali,mujur telur dadar tidak dimasukkan sekali.

"Pandai juga si Sara ni masak ye,sebelum ni takde pula dia bagi apa-apa makanan kat kami ni, kalau terserempak pun jeling-jeling je,ni mesti dia berkenan kat kau ni Mikhail" tersedak Mikhail dibuatnya mendengar ayat-ayat Umar.

"Kau ni, jangan dijampi sudah lauk-lauk ni" hahaha..mereka bertiga ketawa serentak. Mikhail baru teringat tengah hari tadi dia ada tersserempak dengan Ain,bukan Ain ke yang beli kerang tadi,Mikhail siap tolong bawakan barangan yang dibeli Ain tu.Hmmm ada rasa curiga disitu,tapi Sara pun tak cakap dia yang masak makanan ni kan,dia cuma bagi sahaja.

                                                              ******************

"Assalamualaikum Ain..." Ain Dalilah menoleh ke arah si pemberi salam,tersenyum Mikhail memandang Ain yang sedang melangkah ke arah keretanya.

"Waalaikummussalam...tak kerja ke hari ni?" Ain bertanya sekadar beramah mesra,takut nanti dikatakan sombong pula.

"Oh saya sekejap lagi nak ke Sabah, out station 3 hari" Terang Mikhail kepada Ain,Ain hanya mengangguk.

"Ok lah saya pergi kerja dulu"

"Hati-hati Ain" Sempat lagi Mikhail memberikan pesanan pada Ain,Entah kenapa Mikhail terasa ada sesuatu setiap kali memandang wajah Ain,terasa ada kedamaian di wajah itu,walaupun Ain bukanlah seperti kebanyakan wanita yang pernah dia jumpa. Ain Dalilah gadis biasa sentiasa berbaju kurung,bertudung,jika keluar rumah hatta untuk menyidai kain atau menyapu sampah,tudung tidak pernah lekang dari kepalanya,sangat-sangat menjaga aurat sebagai wanita islam.

Sudah hampir 3 bulan dia menyewa di sini,tidak pernah sekalipun dilihatnya Ain tanpa tudung dan tidak pernah sekalipun Ain menegur Mikhail,ada tak ada yang selalu menegurnya Sara,Sara itu pula terlebih ramah,semua benda dia nak bertanya,kadang-kadang naik rimas dibuatnya.

Nampaknya 3 hari di Sabah dia pasti akan merindui wajah Ain, eh..boleh pulak nak rindu-rindu ni kenapa pulak? Mikhail tersenyum sendirian mencongak-congak perasaan sendiri.Sebelum ini dia tak pernah punya perasaan seperti itu terhadap mana-mana wanita pun.

Mikhail memerhati sehingga kereta Ain hilang dari pandangan. Mikhail berdoa didalam hati semoga perjalanan Ain dilindungi.Hilang sahaja kelibat Ain, Mikhail meluru masuk ke dalam rumah.kata nak out station tapi satu barang pun tak berkemas lagi.Mikhail mengambil beg dan memasukkan baju yang hendak dibawa.Berkemas ala kadar saja,bukan ada apa yang hendak dibawa pun cuma seluar baju sahaja.

Semasa Mikhail melangkah menuju teksi yang sedang menunggu,ada satu suara menegur.Dilihatnya Sara sedang tersenyum ke arahnya.

"Ke mana tu laju-laju,tak pandang kiri kanan"

"Oh Sara saya nak cepat ni"Mikhail terasa ingin cepat melangkah pergi.

"Nak ke mana?"

"Out station,ok lah saya pergi dulu ye" terus sahaja Mikhail berlalu meninggalkan Sara yang terkebil-kebil,masih ada yang ingin dikatakan tetapi Mikhail cepat sahaja pergi.Sara mendengus kecil,sedikit bengang dengan tingkah Mikhail,pagi tadi bukan main Mikhail menegur Ain,macam saja-saja tunggu Ain keluar,Sara nampak semua tu dari tingkap bilik,tapi bila dengan dia Mikhail acuh tak acuh saja.

                                                                    ******bersambung*******

Comments

Popular posts from this blog

cinta dihati kita (sambungan)

cinta dihati kita (sambungan)

Cinta dihati kita (sambungan)