Cinta dihati kita (sambungan)




Kecoh dapur dengan suara Kak Ros dan Nadia yang sibuk memasak,sambil memasak mulut tak henti-henti bersuara ada sahaja yang mereka bualkan,sekejap-sekejap mereka ketawa gembira.

"Apa saja lah budak berdua ni,gamat dibuatnya" Datin Hasnah menjenguk,melihat-lihat kerja Ros dan Nadia,hendak ditolong budak berdua tu menegah,katanya biar mereka sahaja yang uruskan, sudahnya Datin Hasnah mundar mandir saja kejap ke ruang tamu,kejap ke dapur.

"Mak long ni kot ye pun nak dapat menantu,bawa-bawa la duduk,pegi sana pegi sini,peninglah tengok" Usik Nadia bila melihat Datin Hasnah serba tidak kena.

"Mak long ni bukan apa, risau juga takut-takut Ain tu tak suka"

"InshaAllah Mak long Ain akan ikut cakap Mak long,sapa budak tu Mak long?" Nadia bertanya ingin tahu.

"Anak kawan Pak long kamu Nadia,kawan Pak long kamu tu berkenan sangat dekat Ain"

"Aii..Kawan Pak long ke yang nak dekat Ain tu Mak long?"

"Ishh kamu ni..Anak dia lah"Nadia dan Ros ketawa serentak, melihat mata Datin Hasnah yang terjegil.Saja Nadia mengusik apabila dilihat Datin Hasnah seperti resah sahaja.

"Mama jangan risau InshaAllah Ain akan ikut cakap mama dengan papa" Ain yang tiba-tiba muncul bersuara membuatkan Datin Hasnah merasa lega.

"Ye lah Ain satu-satunya anak perempuan mama,mama mahukan yang terbaik untuk Ain,papa kata anak kawan dia ni baik,jadi mama setuju lah"

"InshaAllah mama,sama-sama kita tengok nanti ye" Ain membantu Ros dan Nadia di dapur,tetamu dijangka tiba selepas maghrib.

                                        ***************

Usai solat maghrib,Ain menadah tangan berdoa entah kenapa hatinya merasakan debaran yang cukup kuat,tambahan pula bila Nadia memberitahu tetamu yang ditunggu telah tiba.Ain merasa gementar, tak pernah Ain seperti itu.Ain cuba berbuat seperti biasa namun agak payah,jelas ternampak kesayuan diwajahnya. Ain menarik nafas panjang,bersiap sekadarnya sahaja.

"Ain dah siap?jom kita turun mak long dah panggil" Nadia menarik tangan Ain.sejuk jari jemari Ain.

"Ain sabar ye.."

"Ain ok Kak Nad,cuma tak biasa dengan situasi ni je"

"Assalamualaikum" Ain memberi salam kepada semua yang berada di ruang tamu.

"Waalaikummussalam" serentak salam dijawab dan serentak dengan itu juga,tetamu yang ada berpaling ke arah Ain.

"Dato'? " Ain terkejut melihat Dato' Zainal yang berada disitu,memang Ain tahu Dato' Zainal itu kawan papanya,tapi kenapa Dato' Zainal berada di sini?

"Mari duduk sini Ain" Selepas bersalaman,Ain menghampiri Datin Hasnah,tetapi Datin Dahlia meminta Ain duduk disebelahnya,serba salah Ain dibuatnya.

"Sebenarnya Ummi dan Abi ni dah lama sangat berkenan nak buat Ain menantu kami,tapi nak tunggu persetujuan anak bujang Umi tu susah sangat,ini tengoklah belum sampai lagi dia ni,entah sesat ke apa tak tahu la" Sejuk pula hati Ain mendengar suara lembut Datin Dahlia itu. Ya Allah andai inilah rupa bakal ibu dan bapa mentuanya Ain menerima dengan redha segala takdir dari Allah.

"Assalamualaikum" Suara memberi salam itu membuatkan hati Ain berdebar dan terus berpaling ke arah muka pintu,entah kenapa tiba-tiba airmata mengalir tanpa dapat ditahan-tahan lagi sebaik ternampak wajah si pemberi salam.Semua yang berada diruang tamu itu hairan melihat Ain Dalilah yang terburu-buru menyeka airmata yang mengalir laju.

Nadia yang memandang situasi itu tersenyum gembira,lantas memeluk Ain, sekali lagi perlakuan itu mengundang tanda tanya pada yang memerhati.

Mikhail melangkah masuk menyalami semua yang ada.Mikhail nampak tenang sahaja,senyuman terukir dibibirnya.

"Sampai pun budak bertuah ni"Ucap Datin Dahlia bila Mikhail bersalam dengannya.

"Mesti la sampai umi" Mikhail tersenyum memandang Datin Dahlia.Seketika wajah diarahkan kepada Ain Dalilah,Ain tertunduk,malu rasanya tiba-iba menangis.

"Datin makanan dah siap,jemputlah makan" Dimeja makan semuanya menikmati hidangan yang disediakan.

                                  ********************

"Ain setuju tak jadi menantu umi ni?" Ain tertunduk malu dengan pertanyaan Datin Dahlia.apatah lagi bila Mikhail asyik sangat merenung Ain,lagi Ain jadi serba tidak kena.apa yang hendak dijawab pun Ain tidak tahu.

"Orang dulu-dulu kalau diam tu tanda setuju,umi anggap Ain setuju lah ni ye" Datin Dahlia mengeluarkan sebentuk cincin.

"Umi taknak merisik-risik dah umi anggap ini bertunang teruslah ye,boleh macam tu Hasnah?"

"Boleh la Lia,saya setuju je" Datin Hasnah dan Datin Dahlia berbalas senyum,gembira kerana hajat mereka dimudahkan,Ain dan mikhail setuju dengan perancangan mereka.

Ain tersenyum,rasa bahagia tiba-tiba meresap ke dalam diri,Ya Allah perancangan yang cukup indah telah Kau aturkan.Ain mengucap syukur didalam hati.


                                  *****************

"Ain ok ke?"

"Ok je kenapa Mikhail?" Ain bertanya tidak pasti apa maksud pertanyaan Mikhail itu.

"Ye lah Ain sudi ke terima Mikhail ni?" Ain hanya mengukir senyuman,tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan kepada Mikhail.Sedangkan hati Ain saat ini sedang berbunga-bunga,mahu sahaja diberitahu pada Mikhail tetapi Ain malu dan seharusnya tingkah laku harus dijaga.

"Kenapa ya Ain tiba-tiba Ain menangis masa nampak Mikhail tadi?" Adoi boleh pulak dia tanya soalan tu,mahu saja Ain menyembamkan wajah ke tanah,malu dengan tindakan yang tiba-tiba sebentar tadi,entah kenapa Ain rasa bersyukur saat terlihat Mikhail yang muncul dimuka pintu,Ain rasa bahagia yang berbunga lantas airmata jatuh tanpa dipinta.

"Tak payah lah tanya,buat malu je Mikhail ni"

"Eh nak malu kenapa,bukan Mikhail yang nangis,Ain yang nangis tadi"Sengaja Mikhail mengusik Ain yang kelihatan agak malu ketika itu.

"Sudah-sudahlah usik Ain tu Mikhail,kang ada yang mengalir airmata lagi tak tahu la akak nak cakap apa,dari pagi ni Ain mendung je,sejak mak long kata dah jumpa jodoh untuk Ain,tetiba tadi nampak Mikhail,mau Ain tak nangis,mujur sedar diri kalau tak sedar diri tadi mau Ain pergi peluk Mikhail" hahahaha Nadia ketawa,gembira sungguh Nadia melihat Ain,biarlah jika Ain nak marah sekalipun Nadia tidak kisah,kalau nak diharapkan Ain yang cerita rasa hati dia sendiri,mesti Ain tidak akan cerita pada Mikhail.

"Kenapa pula Ain nak buat macam tu Kak Nad?" Sengaja Mikhail nak menambah,matanya tidak lepas dari memandang Ain yang tertunduk malu dengan usikan Nadia.

"Dalam hati ada cinta,tapi taknak mengaku,kalau Mikhail nak tahu" Jawab Nadia,puas rasa hati bila Nadia dapat berkongsi rasa hati Ain yang sebenar,bukan niat Nadia nak memalukan Ain,tapi Ain yang pemalu itu pasti tidak beritahu pada Mikhail rasa cinta yang wujud dalam hatinya.

"Sudahlah malas layan,Ain nak masuk dalam sekarang" Nadia dan Mikhail mengekori langkah Ain masuk ke dalam rumah.

"Hai Mikhail taknak balik ke,ke nak abi nikahkan kamu malam ni jugak?" Usik Dato' Zainal.

"Eh betul ke abi? boleh ye?" pecah tawa mereka yang mendengar pertanyaan Mikhail.

"Bawa-bawa bersabar Mikhail,Ain tu tak lari ke mana pun,tengok dah malu Ain tu"Tersenyum simpul Ain dibuatnya.

"Ada orang tidur lena la malam ni"Ujar Dato' Zainal pada Mikhail. Ain tertanya-tanya kenapa Dato' Zainal berkata begitu,tetapi pertanyaan Ain hanya berlegar didalam hati sahaja.

                          *****************

Saat mata sudah mahu terpejam,telefon berdering nyaring,dengan malas Ain mencapai telefon,nombor yang tidak dikenali,hendak jawab atau tidak,akhirnya Ain jawab juga.

"Ain dah tidur ke?"

"Siapa ni?" Ain tidak dapat mengecam suara si pemanggil.

"Sampai hati tak cam suara kita ni"

"Jangan main-main lah saya mengantuk ni"

"Ok lah Mikhail tak ganggu,tidurlah Ain sayang"terus segar mata Ain,Mikhail?? macam mana Mikhail tahu nombor Ain?

"Mikhail..macam mana tahu nombor Ain ni?"

"Hendak seribu daya Ain..bukan setakat nombor telefon, tuan empunya nombor pun Mikhail dapat nanti" Ain mendengus geram dengan jawapan yang diberikan.

"Ain marah ke?takpe Mikhail rela kena marah asalkan Ain terima Mikhail ni"

"Mikhail.."

"Iye sayang.." Belum sempat Ain habis berkata-kata Mikhail sudah menyahut geram Ain dibuatnya.

"Mikhail ni,Ain cubit baru tahu"

"Demi Ain,Mikhail rela dicubit berkali-kali"

"Malaslah nak cakap,Ain nak tidur dulu la dah penat memasak siang tadi"

"Oh Ain yang masak ye,patutlah sedap sangat"

"Ain mengantuk ni nak tidur dulu la"

"Baiklah sayang..tidurlah mimpikan Mikhail ye"

"Malaslah nak mimpi-mimpi,Ain nak tidur nyenyak sampai pagi"

"Ok lah tapi jangan lupa bangun solat subuh ye"

"Iye lah Mikhail,selamat malam.." selesai mengucapkan salam Ain terus mematikan talian,makin lama nanti ada yang tidak tidur sampai ke pagi.Bibir mengukir senyuman,indah sungguh perasaan. Akhirnya mata Ain terpejam.

                                       ******************

Ain memandu tenang,Nadia disebelah juga kurang bicaranya sedang asyik melayan lagu diradio. Dalam tenang ada juga debarannya,Ain berdebar untuk berhadapan dengan Mikhail buat kali pertama setelah bergelar tunang kepada Mikhail.Satu lagi Sara,bagaimana hendak diberitahu pada Sara akan hal ini.Debaran didada kian hebat,tidak Ain tidak takut,cuma Ain berasa kasihan kepada Sara, bukan Ain minta semua ini terjadi,apa yang berlaku diluar kawalan Ain. Bagaimana penerimaan Sara agaknya bila Sara tahu mereka telah bertunang.

"Kenapa Ain?" Nadia yang perasan akan resah diwajah Ain segera bertanya.

"Ain risau pasal Rasa la" Ain meluahkan apa yang terbuku dihati.

"Kenapa Ain nak risau,bukan Ain buat salah pun,Sara kena lah terima,Mikhail bukan untuk Sara lagipun Mikhail memang tiada hati pada Sara,Sara yang fikir bukan-bukan" Ain melepaskan keluhan kecil.

"Sudahlah Ain,pasal Sara tu biarkan saja" Ain mengangguk.moga ada kekuatan buat Ain untuk jelaskan pada Sara mengenai hal ini nanti.

Kereta diberhentikan dihadapan rumah,dari luar Ain terlihat Sara sedang berbual mesra dengan Mikhail,Ain buang jauh-jauh segala perasangka. Sara memandang Ain dengan senyum sinis,seolah-olah bangga Ain nampak dia berbual dengan Mikhail. Nadia menjeling pada Ain,Ain buat muka tenang.

"Assalamualaikum" Ain menyapa kemudian teus masuk ke rumah. Mikhail hanya memerhati. Sara tersenyum memandang. Entah kenapa ada rasa puas dihati Sara apabila melihatkan kelibat Ain pada petang itu.Puas hati Sara bila Ain nampak dia berbual mesra dengan Mikhail.

                                  *********bersambung***********

Comments

Popular posts from this blog

cinta dihati kita (sambungan)

cinta dihati kita (sambungan)