cinta dihati kita (sambungan)
Akhirnya Ain Dalilah bersetuju untuk keluar dengan Mikhail Rifqi,itupun disebabkan mereka hendak membeli barang persiapan majlis mereka nanti.Jika diikutkan hati Ain malas hendak mengambil pusing tentang semua persiapan,Ain hanya serahkan kepada mama dan umi sahaja yang menguruskan tetapi kali ini Ain tidak dapat mengelak kerana mereka perlu mengukur pakaian untuk majlis nanti. Bertemankan viva oren Ain mereka menuju ke butik pengantin yang telah ditetapkan oleh Datin Dahlia.
"Ain la ni,kalau naik motor tadi dah lama sampai tahu" Usik Mikhail pada Ain,dia tahu Ain tidak akan naik motorsikalnya.
"Tak kuasa lah Ain nak naik motor tu,takut haih lutut ni terlanggar lori"
"Takde nya nak langgar lori sayang oii,inshaAllah Mikhail bawa slow je"
"Taknak lah Ain,slow ke laju ke memang Ain taknak"
"Ye lah..Ain malu nak peluk Mikhail kan?"hahaha...Mikhail ketawa melihat wajah Ain
"Mikhail..bertunang tu bukan tiket untuk kita pegang-pegang tangan ke,keluar selalu berdua ke" hujah Ain pada Mikhail.
"Ye Mikhail tahu,Mikhail saja je lah"
"Ain pun tahu,saja je nak bagitahu Mikhail,tapi kalau ada keadaan yang mendesak bolehlah..kot" Ain teragak-agak nak bercakap.
"Keadaan yang mendesak,maksud Ain?"
"Ye lah kalau tetiba Ain Ain jatuh pengsan,takkan Mikhail nak tengok je,takkan Mikhail nak suruh lelaki lain yang angkat Ain,haa..masa tu Mikhail tolonglah angkat Ain"
"ooo..boleh ye......"Lama Mikhail diam..
"Ainnn..." Panggil Mikhail lembut sambil mengukir senyuman nakal.
"Ye.."Ain pelik melihat senyuman nakal Mikhail,geram pun ada,rasa nak cubit-cubit je Mikhail yang sedang memandu itu.
"Apakata Ain pengsan sekarang"Hahaha..Mikhail ketawa melihat Ain yang masam mukanya.
"Malas cakap dengan Mikhail lagi"
************
Datin Dahlia sudah sedia menunggu ketika Ain dan Mikhail sampai,lantas mereka menyalami Datin Dahlia.
"Maaf umi lambat sikit"
"Takpe umi pun baru sampai" Tanpa menunggu lebih lama mereka duduk memilih apakah fesyen baju yang sesuai hendak dipakai nanti,tekun Ain dan Datin Dahlia berbincang,Mikhail hanya menyampuk sekali sekala itupun sekadar untuk mengusik.
Ain merasa lega setelah keputusan dibuat,baju yang dipilih simple sahaja tidak terlalu sarat dengan hiasan tambahan.Sesudah itu Datin Dahlia mengajak Ain mencari kedai untuk mengisi perut.
"Tau pun umi lapar ye,Mikhail ni dari tadi dah berkeroncong tau,menunggu umi dengan Ain memilih baju bukan main lama lagi,mujur Mikhail tak pengsan,kalau tak jenuh Ain nak angkat"
"Ada-ada saja la kamu ni Mikhail"
"Takde masa la Ain nak angkat,Ain seret je kalau Mikhail pengsan"Bersahaja Ain menjawab.
"Tengok umi sampai hati menantu umi ni nak seret je bakal suami dia yang handsome nih"
"Amboi perasan sangat dia handsome" Mikhail ketawa riang,begitu juga Datin Dahlia dan Ain,Ain terasa bahagia,bakal suami yang kelakar,ibu mertua yang baik dan penyayang.
Dari jauh ada sepasang mata yang sedang merenung tajam melihatkan kemesraan mereka.
**************
"Amboi gembira sangat aku tengok kau petang tadi" Sinis kata-kata Sara pada Ain.
"Sara nampak Ain kat mana?" Tulus pertanyaan Ain Dalilah.
"Aku nampak kau dengan Mikhail pastu dengan sorang perempuan tu"
"Oh itu emak Mikhail" Ain rasa mungkin ini adalah waktu yang sesuai untuk memberitahu Sara tentang hubungan sebenar antara dia dan Mikhail.
"Buat apa kau dengan emak dia?" Tiada garis senyuman pun diwajah Sara,tegang sahaja mukanya.
"Sara..yang sebenarnya aku dengan Mikhail dah bertunang"
"Apa?" terkejut Sara mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Ain Dalilah.
"Kau tahu aku suka Mikhail,kenapa kau bertunang dengan dia?"
"Ini semua perancangan Allah,Sara..Ain pun tak sangka semua ni terjadi"
"Yang kau nak marah-marah ni kenapa?ada ke selama ni Mikhail tu cakap dia sukakan kau?Dia nak kawin dengan kau?" Nadia yang sedari tadi berdiam diri,terus meletuskan rasa marahnya,geram pula dia melihatkan Sara yang seperti singa berang itu.Tak pasal-pasal nak marah,pada hal takde pula Mikhail tu beritahu yang dia sukakan Sara.
Sara mendengus marah,tanpa berkata apa-apa dia terus meninggalkan Ain dan Nadia. Terdengar pintu bilik dihempas kuat.
"Biarkanlah dia Ain,mungkin dia masih tak dapat terima berita mengejut ni,sebab dia kan ada hati dekat Mikhail tu" Pujuk Nadia apabila dilihat ada garis mendung pada wajah Ain.
"Ain rasa tak sedap hatilah kak Nad,rasa bersalah pun ada"
"Nak rasa bersalah apa pulaknya Ain,memang selama ni Mikhail tu sukakan Ain bukan Sara" Ain Dalilah merenung wajah Nadia.Jauh disudut hati Ain merasa belas terhadap Sara,bukan niat Ain untuk kecewakan Sara,juga bukan niat Ain untuk merampas Mikhail dari Sara,tetapi ini semua ketentuan yang dia sendiri tidak tahu bagaimana ianya terjadi,pendek kata apa yang terjadi ini tanpa dia sendiri sedar,perasaan yang ada inipun wujud tanpa dia sendiri tahu bila masa ianya bercambah menjadi bunga-bunga cinta. Ain berdoa agar Sara dapat menerima semua ini,walaupun Ain tahu pasti payah untuk Sara menerimanya.
"Sudahlah Ain,jangan fikir banyak sangat" Ain tersenyum memandang Nadia.
******bersambung*************
Comments
Post a Comment