cinta dihati kita (sambungan)







Ain Dalilah memberhentikan kereta dihadapan pintu pagar,rumah yang tesergam indah nampak sunyi. ke mana semua orang ni?bisik hatinya.lantas Ain mengeluarkan kunci rumah yang sedia ada di dalam beg.

"Assalamualaikum.." lama salamnya tidak bersahut,pada hal Ain sudah beritahu yang dia akan balik petang ini.ke mana sajalah mamanya pergi ni,kak Ros pun tiada nampak gayanya ni.tanpa menunggu lama Ain membuka pintu,memang tiada sesiapa di rumah,terus sahaja Ain menuju ke biliknya ditingkat atas.sudah agak lama dia tidak balik ke sini,biliknya masih kemas seperti biasa,mestilah kak Ros yang sentiasa mengemas bilik ini.

Seketika ruang terasa sepi, Ain mengambil telefon di dalam beg, oh patutlah telefon sudah kehabisan bateri rupanya,lantas Ain mengecas bateri telefonnya,sebaik telefon dihidupkan,terdapat banyak missed call yang tertera semua nombor dari ibunya,hati Ain rasa resah terus dia mendail nombor ibunya.

"Mama dekat mana ni?"tanpa salam terus sahaja Ain bertanya,cemas juga dibuatnya.

"Mama dekat hospital ni,Kak Ros kamu tadi terjatuh bengkak kakinya,mama bawalah ke hospital ni"

"Habis tu dah ok ke Kak Ros sekarang?"

"Ok dah ni,mama pun nak balik dah ni,Ain tunggu lah dekat rumah tu"

"Baik mama.." terasa sedikit lega Ain apabila dapat bercakap dengan ibunya.

                                                  ********************

Cepat-cepat Ain membuka pintu sebaik terdengar enjin kereta mamanya, terus sahaja dia menuju ke arah Ros yang duduk disebelah penumpang.

"Macammana boleh jatuh ni Kak Ros?"

"Ain ni pun kalau nak tanya tu biarlah akak ni masuk dulu,selalu tak sabar Ain ni tau"

"Ala kak Ros ni itupun nak marah"

"Bukan marah...nasihatttt"hahahaha,mereka sama-sama ketawa,ada-ada saja Kak Ros ni,dalam sakit pun masih sempat bergurau tu,Ain memapah kak Ros masuk ke rumah.

"Akak boleh jalan sendiri Ain,lagipun akak ni berat tak larat Ain nak Angkat"

"Tak larat angkat,Ain seret je akak"Sengih Ain memandang Ros yang membulat matanya memandang Ain.

"Sampai hati tu nak seret akak"

"Ala..kak Ros ni Ain main-main je la"

"Dah Kak Ros rehat je hari ni,biar Ain yang buat kerja"

"Takpe Ain sikit je sakit ni,Kak Ros masih boleh buat kerja"

"Kak Ros rehat je,biar Ain yang masak,degillah Kak Ros ni"Ain buat-buat marah.

"Tengok tu Datin,dikatanya saya degil"

"Ye la Ros..kamu tu rehatlah dulu,biar Ain je yang masak,lagipun dah lama sangat Ain tu tak balik sini kan,rindu dah saya ni nak makan masakan dia" Datin Hasnah mengiakan kata-kata Ain terpaksa Ros menurut sahaja,dua beranak ni memang macam tu,kadang-kadang terasa macam bukan bekerja dengan mereka tapi dah rasa macam satu keluarga pulak dengan layanan yang mereka berikan.sudahnya Ros hanya berehat di bilik,walaupun terasa segan tetapi dia menurut arahan Datin Hasnah,membiarkan Ain yang memasak untuk makan malam.

                                              ***************

"Ain ni bila lagi nak balik duduk sini,mama dengan papa ni sunyi rasanya duduk bertiga dengan kak Ros tu je,kalau Ain ada,boleh juga kita bersembang-sembang"

"Mama ni,hari-hari pun kita bersembang kat telefon kan"Ain sengaja mahu menengok reaksi mamanya.

"Tak sama Ain,sembang ditelefon tu,mama tak nampak muka Ain,tak seronok"

"Bukan ke Along kata nak balik duduk sini hari tu"

"Betul la tu,tapi tunggu tahun depan bagi anak-anak Along habiskan sekolah tahun ni dulu"

"haa..ok lah tu,tahun depan mesti dah riuh rumah ni dengan anak-anak Along tu" Ain Dalilah terbayangkan wajah anak-anak buahnya yang bertiga itu,semuanya hero.

"Rindu pulak dengan budak bertiga tu kan ma"

"ye la..ni Ain ni bila lagi nak kahwin?"

"Ala mama ni,Ain muda lagi kot,muda apanya Ain,dah lebih 25 tahun, mama dulu umur 25 dah ada anak 3 tahu"

"Itu zaman dulu-dulu,zaman sekarang tak lagi"

"Tak apanya Ain,sekurang-kurangnya sebelum kami ni menutup mata nak jugak la tengok ada orang yang boleh menjaga Ain nanti"Kata papanya menyebabkan Ain terdiam seketika.

"Papa ni ke situ pulak dia,InshaAllah Ain selalu doa moga-moga panjang umur mama dengan papa tau,sempat tengok Ain kawin"

"ye lah..lagi satu bila nak kerja dengan papa ni,dah cukup kot pengalaman Ain bekerja kat luar tu,dah tiba masanya kot Ain kerja di syarikat kita tu"

"Apakata bila Along balik nanti biar Along je kerja dengan papa,Ain rasa Along lebih sesuai"

"Ok lah, Ain naik atas dulu la ye mama, papa"

Ain Dalilah mengambil novel yang terletak di atas meja,sudah lama dibeli tetapi baru hendak dibaca,sedang asyik membaca tiba-tiba fikirannya menerawang,teringat akan Mikhail Rifqi jiran sebelah rumahnya,handsome juga lelaki itu,rajin melemparkan senyuman padanya,Ain takut untuk bermaha mesra,takut disalahtafsir oleh Sara nanti,sedangkan Ain lihat Sara sangat sukakan Mikhail Rifqi.Ain Dalilah menutup novel,tidur lebih baik.

                                       ***********bersambung**********

 

Comments

Popular posts from this blog

cinta dihati kita (sambungan)

Cinta dihati kita (sambungan)