kau mawar ku







"hoii...ko dah kenapa?takde mata ke?" mawar memandang helmet pinknya yang bergolek-golek,sipi lagi nak masuk longkang,ada juga yang kutip gigi nih,bebel mawar dalam hati sambil menggenggam penumbuk.macamlah kuat sangat nak menumbuk orang,tumbuk cili dengan lesung batu pun belum tentu lepas.

lelaki dihadapan,memandang mawar tanpa berkelip,melopong mulutnya menengok mulut comel mawar terkumat kamit menahan marah,nak tergelak pun ada melihatkan wajah comel mawar yang sedang marah itu.

mawar lantas mengambil helmet pinknya dan berlalu pergi,Adam hanya memerhati tanpa sempat memohon maaf,bukan dia sengaja nak melanggar,gadis itu yang kalut tak tentu pasal,entah dari mana muncul pun adam tak pasti tiba-tiba saja dah terjengul depan mata.Adam menggeleng sambil mengambil fail yang jatuh masa berlanggar tadi,hai..mujurlah kau comel kalau tidak,mahu saja disekehnya gadis itu.

                                                            ********************

"Mawar, cuba belajar memasak dengan ummi ni,nanti dah kawin senang.kita orang perempuan ni nak ikat suami melalui perut dia tau..." Puan Sakinah ibu mawar sudah memulakan sesi khutbahnya,anak perempuan nan seorang,malasnya bukan main,nak mengemas bilik sendiri pun susah,nak memasak apatah lagi,jenuh dibebel dia buat tak dengar saja.Kalau dibising lebih-lebih,mulalah tarik muka,lepas tu mengadu dengan abinya,yang orang tua tu pun satu hal,suka sangat dimanjakan anak dara sorang tu,mana tak naik minyak.

"Ni kenapa yang kecoh je saya dengar dari tadi?" haa...kan baru cakap dah muncul pun dia,Puan Sakinah tersenyum,baru je membebel pada mawar,pembelanya pun sampailah.

"Ni senyum-senyum ni,mengata saya lah tu.."

"Mana ada saya mengata awak,bang oii...saya tak bersuara pun"

"Alah..awak ni Nah oi,macam saya taktau,awak mengata saya dalam hati la tu...kita hidup bersama dah lama,saya tahu la pe'el awak tu."

"Betul la..awakkan pembela anak dara ni..kalau macam tu meh la sini,awak je yang tolong saya kat dapur ni."Puan sakinah dah mengajak suaminya menolong setelah dilihatnya mawar masih tak berganjak dari duduknya,asyik mengadap telefon aje.

"kamu ni mawar,nanti ummi rebus telefon tu buat sup baru kamu tahu" serentak mawar dan abinya ketawa.

Mawar tersenyum sendirian melihatkan kemesraan ummi dan abinya,sama-sama memasak didapur,walaupun dipejabat abinya merupakan seorang bos,namun dirumah karektornya berbeza,sentiasa rajin menolong isterinya.Mawar berharap suatu hari nanti dia juga akan punya suami seperti itu..eh eh..ada ke yang nak pada aku ni? hahaha

                                                             *****************

Mawar hampir lagi terlanggar lelaki itu,ni dah kenapa pulak mamat ni,tahan motor orang macam ni,panas hati mawar dibuatnya,eh jap macam kenal je mamat ni,dia nak apa ni.

"Kau kenapa ni?tahan motor orang macam ni?aku langgar kau kang.."

"maaf cik,boleh tolong saya tak?" Mawar melihat kancil yang tersadai ditepi jalan.
"kenapa?

"kereta saya habis minyak,boleh tolong belikan minyak,saya nak cepat ni,dah la ni hari pertama saya masuk kerja"

"yang kau pun dah tau naik kereta,tau la nak isi minyak,adoii menyusahkan orang betulla,kau tunggu sini." Mawar terus memecut pergi dengan skuternya,Adam hanya mampu memandang,berdoa moga gadis itu tidak menipunya.selama 15 minit menunggu akhirnya Mawar muncul dengan sebotol minyak,terpancar raut kelegaan pada wajah Adam.

"terima kasih cik,tolong saya.."

"ok.."setelah minyak bertukar tangan,Mawar terus memecut pergi,Adam terkebil-kebil,duit pun dia tak sempat nak bagi.takpe lah mungkin nanti akan berjumpa lagi.

                                                              *****************

berlari Adam menaiki tangga,tak sempat nak tunggu lif lagi.termengah-mengah dia menarik nafas setelah sampai ke tingkat yang dituju.Alhamdulillah berjaya sampai sebelum waktunya.Risau juga Adam takut terlewat dihari pertama,mujur dia keluar awal tadi.

"Oh Adam sudah sampai,mari masuk bilik saya" terkejut adam dibuatnya bila melihat Encik Hisham berada didepannya,siap terus ajak masuk bilik pulak tu.

"Selamat datang ke syarikat ini,moga dapat bekerja dengan penuh dedikasi"
"Terima kasih tuan,sila beri tunjuk ajar" setelah berbual kosong serba sedikit,adam dibawa keluar oleh Cik Rina,setiausaha kepada Encik Hisham

"Cik Rina..emmm"

"panggil akak je Adam,semua orang kat sini panggil akak je,nak tanya apa?"

"ooo...maaf kak,bos kita tu memang sempoi macam tu ye?"

"ye Adam.. Encik Hisham tu memang simple je orangnya,baik dengan pekerja,ada apa masalah bagitahu je dia,duit takde pun bole bagitahu,macam kau ni baru kerja,kalau takde duit lagi boleh bagitahu Encik Hisham  tu."

"ishh..akak ni ke situ pulak" Kak Rina ni macam tahu-tahu je dalam wallet cuma ada RM100,cukup ke nak dibuat belanja ni,duit minyak kereta pagi tadi pun belum dibayar lagi.

"meh sini akak kenalkan despatch paling comel kat sini,"saat Mawar berpaling,wajahnya bertukar warna,mulut pulak terlopong,begitu juga Adam,kelu sekejap mulut nak berbicara.

"korang dah kenapa? Mawar ni Adam, akauntan baru kat sini,Adam ini Mawar,macam yang akak bagitau tadi,Mawar ni despatch kat sini." terkejut pula Adam menengoknya,gadis comel ni despatch kat syarikat ni? Mawar hanya mengangguk setelah diperkenalkan dengan Adam. mukanya masih begitu tiada garis senyuman diwajah Mawar,saja dia melihat reaksi Adam,ekor matanya memandang Adam yang melangkah mengekori Rina untuk diperkenalkan kepada pekerja-pekerja lain.

                                                            ***********************

"boleh aku duduk?" Mawar mendongak,terlihat Adam berdiri disisi  meja belum sempat dijawab kerusi dihadapan terus ditarik.

"maaf..tadi aku tak sempat bayar duit minyak, terima kasih tolong aku"

"eh..takpe,orang susah kita kena la tolong,mana tahu nanti aku pulak yang susah,ada orang lain bantu aku"

"boleh saya duduk?" eh ada lagi yang nak join kat sini?meja lain banyak lagi yang kosng dalam kafeteria ni rasanya,omel mawar.

"Eh Encik Hisham,silalah duduk"pelawa adam, Encik Hisham mengambil tempat disebelah Adam

"so macammana hari pertama kerja ok?ada si Mawar ni buli kamu? Mawar ni muka je comel tapi nakalnya boleh tahan..hahaha" Encik Hisham ketawa dengan kata-katanya,Mawar hanya tersenyum kelat.Adam pula tersenyum simpul sambil matanya tidak lepas dari memandang Mawar,tampak nakal tapi wajah comel itu sangat menarik hati.

"hari ni ok je Encik Hisham,masih banyak yang perlu saya belajar."agak gugup adam menjawab,apa taknya melihat kemesraan Encik Hisham membuatkan Adam serba tak kena pula.

"cuba lah cerita sikit pasal kamu,masa interview dulu tak sempat saya nak tanya banyak,saya ni memang macam ni adam,kamu jangan pelik pula,sesiapa yang bekerja dengan saya,saya mesti ambil tahu pasal dia."

"saya ni Encik orang susah,jadi saya bekerja ni sebab nak bantu keluarga kat kampung,adik-adik saya 3 orang semua masih belajar,emak bekerja kampung je,ayah pulak dah lama meninggal" Adam terhenti seketika,lantas terbayang wajah emak dikampung,emak yang sentiasa berusaha bagi memastikan dia dan adik-adik tetap terus belajar,tiada harta yang dapat emak beri selain dari pelajaran,emak bagi kamu belajar supaya kamu dapat mencari harta kamu sendiri.,masih terngiang-ngiang lagi ditelinga kata-kata emaknya.hati sayu bila teringat emak,emak yang tabah berkorban stelah ayah tiada.

Mawar yang sedang menyudu makanan terhenti apabila mendengar cerita Adam,lantas wajah lelaki dihadapannya itu dicuri pandang.wajah itu bersih,pasti sebersih hatinya,sentiasa kelihatan tersenyum walaupun sedang berbicara. dia buat-buat senyum ke? detik hati Mawar.

"Encik saya minta diri dulu"tersentak Mawar dibuatnya,terus dia melarikan pandangan,takut pula Adam perasan yang dia mencuri pandang wajah lelaki itu.

"Cik Mawar saya pergi dulu,oh ya berapa duit minyak tadi lupa pula saya"

"en takpe saya belanja"jawab Mawar gopoh,adoii kenapa dengan aku ni,Mawar menepuk dahinya.

"oh ye ke,terima kasih,nanti dapat gaji saya belanja Cik Mawar minyak pulak ye" selesai berkata-kata Adam pun berlalu.

                                                               *********************

sejuk hati Encik Hisham mendengar alunan suara yang membaca surah al-fatihah itu,menusuk terus ke jantung rasanya.ada rasa lunak,tidak pernah pula orang berjemaah di surau ini,tidak mahu terlepas peluang,Encik Hisham cepat-cepat menyertai solat jemaah tersebut.
usai solat ketika bersalaman terkejut Encik Hisham melihat Adam yang mengimamkan solat tersebut.

"tak pernah lagi orang berjemaah disurau ini Adam"

"Encik Hisham kebetulan masa saya masuk tadi,ramai yang baru hendak bersolat jadi saja ajak mereka berjemaah bersama"

"bagus tu Adam,saya rasa ini patut dijadikan amalan setiap hari dan kamu boleh menjadi imam"

"inshaAllah Encik Hisham,bukankah solat berjemaah itu pahalanya lebih besar berbanding solat bersendirian"
 
Sejak hari itu Encik Hisham telah mengubah waktu rehat pejabat agar semua pekerja dapat solat secara berjemaah.

                                                                     *****************

Hubungan Mawar dan Adam bertambah baik,mereka menjadi kawan yang rapat ketika di pejabat.

"Eh kau kan nak balik kampungkan minggu ni?"

"Ye nak buat kenduri sikit"

"Aku ikut boleh?" Adam memandang Mawar

"Biar betul kau ni,rumah aku rumah kampung tau,mandi air perigi"

"Eh ok apa,kau ingat aku ni taktau dok rumah kampung,tengok nama la wei,Mawar ni..Mawar kan nama kampung..." Hahaha...Mawar ketawa lepas,Adam hanya tersenyum,Mawar ni suka hati je nak ketawa macam tu,tak padan dengan nama.

"Ye lah...aku tanya mak aku dulu,nanti terkejut pulak dia aku bawa kau balik kampung"

"Alah mak kau mesti bagi punya,meh sini aku cakap dengan mak kau" macam tu lah kalau dengan Mawar selalu tak sabar,kalau nak sesuatu mesti nak keputusan cepat.

"Tunggu apa lagi,kau call sekarang" terpaksa la Adam mendail nombor emaknya dikampung.
Tak sempat Adam bercakap Mawar sudah merampas telefon ditangan Adam.

"Makcik...saya mawar kawan adam,boleh saya ikut adam balik kampung?"

"Datanglah mawar" Mawar tersenyum dengan jawapan yang diberikan.

"Kan aku dah cakap mak kau mesti bagi punya"

                         *************

"Pandai-pandai bawa diri dekat rumah orang nanti,risau ummi ni tahu,Mawar tu dah la tak pandai buat kerja"

"Alah ummi ni,nanti Mawar tolong tengok aje la, tak payah tolong buat kerja, ok lah Mawar nak pergi dah ni"

Selepas bersalaman dengan ummi dan abinya,Mawar melangkah ke arah teksi yang sedang menunggu. Mawar menaiki teksi ke tempat yang telah dijanjikan untuk bertemu Adam.

Dengan menaiki kancil Adam mereka teruskan perjalanan ke utara.

                                                                        ***************

Rumah kayu yang sederhana besar itu nampak mendamaikan dipagi yang indah itu,di muka pintu sudah sedia menanti emak dan adik-adik Adam. Mawar melangkah keluar dari kereta menuju mereka yang sedang menanti,selepas bersalaman,Mawar dijemput masuk.

"Akak letak beg dalam bilik Nisa,rehat-rehatlah dulu " Mawar mengikut langkah Khairunnisa,adik Adam yang nombor dua,masih belajar di universiti,lemah lembut budaknya.

Jiran-jiran sudah ramai yang datang membantu untuk memasak lauk-lauk untuk kenduri malam nanti,Mawar hanya memerhati tidak tahu apa yang patut dilakukan.

"Akak sini,kita potong sayur" ajak Nisa,terkebil-kebil Mawar dibuatnya,mahu tidak mahu Mawar hanya menurut,sudahlah begitu dia seorang berseluar jeans orang lain semua berbaju kurung berkain batik.

Ketar tangan memegang pisau,waktu ini baru Mawar rasa menyesal sebab tidak pernah mahu membantu umminya didapur,sudahnya dia hanya mengikut apa yang dibuat Nisa. Hentam sajalah janji tolong. Akhirnya siap juga sayur kubis dipotong,kemudian mereka memetik pucuk ubi untuk dibuat ulam makan dengan sambal belacan. Kecur air liur Mawar dibuatnya.

                                                                         ************

"Akak kenapa ni?"Suara Khairunnisa setelah melihat Mawar termenung
Serba salah Mawar hendak jawab pertanyaan Nisa.

"Akak tak selesa ke dekat sini?"

"Eh bukan macam tu,sebenarnya akak lupa bawa baju kurung"

" oh ingatkan apa,akak bole pakai baju Nisa je,lagipun saiz akak dengan Nisa sama kan" Nisa membuka pintu almari mencari-cari baju yang sesuai untuk Mawar.

"Ini sesuai untuk akak" Khairunnisa menarik sehelai baju kurung cotton berbunga pink.Mawar senyum, suka dengan baju yang ditunjukkan.

"Akak nak tudung boleh?tapi taknak shawl tak pandai nak belit-belit nanti tercekik pulak,bagi tudung syria je kalau ada"

"Ada kak" Khairunnisa menghulurkan sehelai tudung berwarna pink.

"Akak suka pink kan?kata abang Adam skuter akak pun warna pink"

"Abg Adam cerita?"

"Aah kak..kadang-kadang Abang Adam cerita pasal akak,tapi yang baik-baik je la,jangan risau Abang Adam tu tak pernah cerita pasal keburukan orang" Mawar percaya dengan cerita Khairunnisa tu sebab Adam yang dia kenal selama ini pun memang baik orangnya.


                                                            *****************

Satu perasaan halus menjentik ruang hati Adam saat terpandang Mawar,seketika matanya tidak mampu berkalih dari memandang wajah Mawar.

"Abang...sudah tu pandang,kak Mawar la ni" Sapaan Khairunnisa membuatkan Adam tersedar.

Alhamdulillah majlis kesyukuran itu berlangsung dengan baik,semua jemputan hadir,satu kepuasan buat Adam, niat untuk buat kenduri kesyukuran dengan gaji pertama telah terlaksana,jika arwah ayahnya ada tentu ayahnya gembira melihat dia dan adik-adiknya berjaya.

                                                          ******************

"Kamu ni ada ada apa-apa ke dengan Mawar tu?"

"Apa-apa?..maksud mak?"

"Ish tanya mak pulak,suka kat Mawar tu kan?" Adam terdiam mendengar pertanyaan emak.

"Ke situ pulak mak ni"Adam hanya tersenyum dengan pertanyaan emaknya,entah dia sendiri tidak tahu apa perasaan yang dia ada.Cuma saat dia melihat Mawar berbaju kurung dan bertudung tadi,satu perasaan datang dalam hatinya. Ada getaran diruang hati,apakah itu namanya cinta?

"Mak tengok Adam macam suka Mawar je"

"Eh ye ke mak?"

"Takkan Adam tak tahu hati sendiri kot?"

"Mak suka Mawar tak?"

"Eh dia pulak tanya mak,mak ni tak kisah Adam,asalkan anak-anak mak bahagia,mak tengok Mawar tu baik budaknya,walaupun kadang-kadang nampak kasar sikit,tapi jangan risau boleh dibentuk tu, bila rasa-rasa nak kahwin?"

"Makkk.." Adam terkejut dengan pertanyaan emaknya.

"Duit belum cukup ni mak,macammana nak pinang anak dara orang"

"Tu kekasih hati dah sampai.." Emak ketawa melihat wajah Adam yang berubah warna,ada-ada saja emak ni,suka sangat mengusik.

Kegembiraan jelas terlihat di wajah Mawar dan Khairunnisa.

"Ke mana saja kamu bawa kakak kamu ni Nisa?"

"Ala..Nisa bawa kak Mawar pergi sungai mak,saja rendam-rendam kaki je" Mawar dan Khairunnisa terus duduk di pangkin bawah pokok mempelam itu menyertai Adam dan emaknya.

"Seronok Mawar duduk kat kampung ni?"

"Eh seronok makcik,nyaman je rasa,dapat mandi air perigi.." hahahaha terdengar Adam ketawa,memang dia sengaja nak kenakan Mawar hari tu kata kena mandi air perigi,pada hal rumahnya ada bekalan air paip.

"Kalau seronok nanti boleh datang lagi,mana tau nak jadi orang sini ke" Usik Khairunnisa.

"InshaAllah Nisa, kalau Adam nak bawa akak ni"

"Abang Adam mesti nak bawa tu kak"Adam hanya berdiam diri mendengar usikan Khairunnisa.

                                                                **************

"Seronok Mawar bercuti?"

"Seronok ummi,mak Adam tu baik sangat,kampung tu pun best,nanti bolehlah Mawar pergi lagi"

"Amboi nak jadi orang sana ke? Mawar ada apa-apa ke dengan Adam tu?"

"Eh ummi ni ke situ pulak"

"Ye lah Mawar tu,sikit-sikit nama Adam yang Mawar sebut"

"Dah Adam tu je kawan Mawar yang rapat ummi"

"Mana tahu,dari kawan bertukar cinta ke"

"Ummi ni..." panjang muncung Mawar dengan kata-kata umminya.

"Apa yang bising-bising dua beranak ni?" muncul pula abinya,pasti bertambah kecoh.

"Mawar ni,kita tanya dia suka dekat Adam tu ke,dimarahnya kita pulak"

"Eh..betul tu,kalau dah suka tu baguslah,boleh abi terima menantu"

"Abi pun sama dengan ummi ye,suka sangat nak mengusik"

"Betul la abi cakap ni,kalau Mawar sukakan Adam tu,Abi pun suka,baik budaknya tu,nanti ajak Adam datang rumah" Mawar memandang abinya tanpa berkelip.

"Abi jemputlah Adam sendiri" Mawar terus bangun menuju ke bilik.

Di bilik Mawar merenung kipas yang ligat berputar,sambil meneka hati sendiri,apa perasaan yang dia ada untuk Adam.Ingat lagi Mawar masa hari mereka balik dari kampung Adam.

"Mawar cantik bila berbaju kurung, bertudung semalam"Teringat kata-kata Adam membuatkan Mawar terdiam tak bersuara,Adam juga terdiam selepas berkata-kata,sepanjang perjalanan balik kedua-keduanya membisu.

Apakah Adam menyukai Mawar?

                                                                ******************

"Saya tengok Adam baik dengan Mawar,suka Mawar ye?" Pertanyaan itu membuatkan Adam terkelu seketika.

"hahaha...saya cuma bertanya,jangan risau" Adam memandang Encik Hisham,pelik dengan soalan yang diajukan padanya.

"Sebenarnya saya nak ajak kamu datang ke rumah,ada makan-makan sikit"

"InshaAllah Encik,saya datang nanti"


                                                            ********************

Pertama kali menjejakkan kaki ke rumah yang sederhana besar itu membuatkan hati Adam berdebar-debar.Entah mengapa debaran itu semakin kuat ketika kaki melangkah masuk ke ruang tamu,matanya memerhati sekitar ruang,hiasan yang sederhana,ternampak Kak Rina melambai lantas langkah kaki diatur ke arah Rina.

"lama dah akak sampai?"

"Baru je..duduklah dulu"

Seketika muncul Mawar dari ruang dapur,Adam memerhati wajah comel itu,manis berbaju kurung dan bertudung.

"Oh Adam sudah sampai,mari kita duduk di sini" Encik Ismail mengajak Adam ke ruang tamu

"Terima kasih sudi datang,saya nak minta Adam jadi imam untuk kita semua solat berjemaah nanti dan saya minta Adam ketuai untuk majlis bacaan yassin nanti" permintaan Encik Hisham membuatkan Adam terdiam.

"InshaAllah Encik boleh,boleh.."

Apa yang Adam lihat tidak ramai pun jemputan Encik Hisham,cuma dia,Kak Rina dan Mawar, mana pekerja yang lain?tetapi pertanyaan itu terluah dihati sahaja.Mungkin mereka tidak berkesempatan untuk datang.

"Jemput minum Adam,jangan pelik memang saya tidak jemput ramai pun,Rina tu memang anak saudara saya,Mawar tu pulak..hmmm saya rasa mesti kamu belum tahu kan"Kata-kata Encik Hisham terhenti seketika.Adam hanya menanti kata-kata seterusnya dari Encik Hisham,kenapa dengan Mawar?

"Mawar tu anak saya sebenarnya,dia saja nak kerja despatch kat syarikat tu,mesti Mawar tak beritahu Adam kan,sebab itu saya selalu tanya,betul ke Adam sukakan Mawar,saya ni bukan apa risau tengok Mawar tu,kalau betul Adam sukakan Mawar saya rasa lega sangat dah,ada orang yang boleh diharapkan untuk menjaga Mawar nanti,maklumlah Mawar tu anak perempuan sorang,abang-abang dia semua duduk jauh" Adam hanya mendengar cerita dari Encik Hisham,marahkah, terkejutkah, dia sendiri tidak tahu apa perasaan dia waktu itu.

                                                               *************

"Kau Mawarku...juwita kalbu,
Gadis yang ku rindu..
Kau remaja menawan hatiku
merayu jiwaku...."

Telinga Mawar menangkap bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh satu suara yang tidak asing lagi baginya.

"Cepatlah sambung.."

"Taknak lah..lagu lama ni tak pandai la"

"Lagu nama sendiri takkan tak pandai kot" Mawar menarik muka

"Bunga Mawar ini sangat cantik,lebih cantik dari semua bunga-bunga Mawar yang ada kat dunia ni,lebih-lebih lagi kalau dia buat muka macam ni" Adam mencuit hidung Mawar,isteri yang baru dinikahinya,siapa sangka pertemuan yang tidak disengajakan akhirnya menyatukan mereka sebagai suami isteri.

"kau Mawar ku.."

"Adammm..." Mawar membaling bantal ke arah Adam yang telah pun berlari keluar.







          


Comments

Popular posts from this blog

cinta dihati kita (sambungan)

cinta dihati kita (sambungan)

Cinta dihati kita (sambungan)