Cinta dihati kita (sambungan)
Kecoh dapur dengan suara Kak Ros dan Nadia yang sibuk memasak,sambil memasak mulut tak henti-henti bersuara ada sahaja yang mereka bualkan,sekejap-sekejap mereka ketawa gembira. "Apa saja lah budak berdua ni,gamat dibuatnya" Datin Hasnah menjenguk,melihat-lihat kerja Ros dan Nadia,hendak ditolong budak berdua tu menegah,katanya biar mereka sahaja yang uruskan, sudahnya Datin Hasnah mundar mandir saja kejap ke ruang tamu,kejap ke dapur. "Mak long ni kot ye pun nak dapat menantu,bawa-bawa la duduk,pegi sana pegi sini,peninglah tengok" Usik Nadia bila melihat Datin Hasnah serba tidak kena. "Mak long ni bukan apa, risau juga takut-takut Ain tu tak suka" "InshaAllah Mak long Ain akan ikut cakap Mak long,sapa budak tu Mak long?" Nadia bertanya ingin tahu. "Anak kawan Pak long kamu Nadia,kawan Pak long kamu tu berkenan sangat dekat Ain" "Aii..Kawan Pak long ke yang nak dekat Ain tu Mak long?" "Ishh kamu ni..An...